Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Berkenan berangkat ke Majlis Royal Audience
18/11/2022

hm_181122.jpg 



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Royal Audience bersama Their Majesties King Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua, King of the Kingdom of Thailand dan Queen Suthida Bajrasudhabimalalakshana yang berlangsung di Chakri Maha Prasat Throne Hall, Bangkok.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sejurus berangkat tiba di Chakri Maha Prasat Throne Hall, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh The President of the Privy Council, Tuan Yang Terutama Jeneral Surayud Chulanont dan isteri. Baginda kemudiannya menyertai Ketua-ketua Ekonomi APEC bagi Majlis Royal Audience bersama His Majesty the King of the Kingdom of Thailand dan Her Majesty the Queen.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Her Royal Highness Princess Sirivannavari Nariratana Rajakanya.

Ketua-ketua Ekonomi APEC berada di Bangkok untuk menghadiri AELM yang Ke-29 pada 18 dan 19 November 2022. Para Ketua Ekonomi APEC telah bersidang di Sesi Retreat I (Pertama) pada sebelah pagi tadi dan akan meneruskan mesyuarat bagi Sesi Retreat II (Kedua) pada esok hari.

Thailand selaku Pengerusi APEC telah menghoskan AELM sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1992, 2003 dan 2022. Mesyuarat AELM pada tahun ini merupakan mesyuarat pertama ia diadakan semula secara fizikal pasca-COVID-19.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

‚Äč