Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2022

Berita
Komited kekalkan keamanan, kestabilan serantau
23/11/2022
ph_231122.jpg 

Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus Ke-9 (ADMM-Plus) berakhir di Sokha Siem Reap Resort & Convention Center, Siem Reap, Kerajaan Kemboja. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam ke Mesyuarat Retreat ADMM, dan ADMM Ke-16, pada Jun 2022 lalu menghadiri mesyuarat tersebut. 

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri disertai oleh Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan dan Pentadbiran), Kolonel (B) Norsuriati binti Haji Sharbini, sebagai Ketua ASEAN Defence Senior Officials' Meeting Plus (ADSOM-Plus) Negara Brunei Darussalam, dan Pegawai-pegawai Kanan dari Kementerian Pertahanan. 

Program pada pagi tadi bermula dengan Kunjungan Hormat Bersama Menteri-menteri Pertahanan dan para wakil ADMM, ADMM-Plus dan Setiausaha Agung ASEAN kepada Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen. 

Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Kemboja menyampaikan ucaptama untuk merasmikan Mesyuarat ADMM-Plus Ke-9, antara lain mengiktiraf kepentingan ADMM-Plus sebagai platform kritikal bagi membina perpaduan, persefahaman bersama serta bertukar-tukar pandangan mengenai landskap keselamatan serantau secara telus dan harmoni, serta mengangkat peranan multilateralisme, dalam mempromosi keselamatan komprehensif di rantau ini. 

Di bawah tema, 'Perpaduan bagi Keselamatan Harmoni', Menteri-menteri Pertahanan dan wakil bertukar-tukar pandangan mengenai persekitaran serta isu-isu keselamatan serantau dan antarabangsa. 

Mereka menegaskan komitmen untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini. 

Mesyuarat ADMM-Plus diakhiri dengan penerimaan pakai Deklarasi Bersama oleh Menteri-menteri Pertahanan ADMM-Plus mengenai Kerjasama Pertahanan untuk Memperkukuh Perpaduan bagi Keselamatan Harmoni. 

Majlis serah terima Pengerusi ADMM dari Kerajaan Kemboja kepada Republik Indonesia secara rasminya menutup pengerusian Kerajaan Kemboja bagi ADMM dan mesyuarat-mesyuarat di bawahnya bagi tahun 2022. 

Republik Indonesia mengambil alih peranan sebagai Pengerusi ADMM dan mesyuarat-mesyuarat di bawahnya bagi tahun 2023.

‚Äč