Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Hubungan dua hala NBD, UAE dipertingkatkan


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Perjumpaan bersama His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Vice President and Prime Minister of the United Arab Emirates, and Ruler of Dubai, hari ini.

Turut berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Majlis Perjumpaan yang berlangsung di Dubai Exhibition Centre tersebut menyaksikan pertemuan antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Vice President and Prime Minister of the United Arab Emirates, and Ruler of Dubai.

Semasa Majlis Perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan His Highness membincangkan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara, meningkatkan tahap perdagangan dan memudahkan kerjasama antara pelabur dari Negara Brunei Darussalam dan Emiriah Arab Bersatu dalam bidang perkhidmatan kewangan.

Sejurus selepas Majlis Perjumpaan tersebut, Kebawah DYMM kemudiannya berkenan berangkat ke DP World Arena bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2022 atas jemputan His Highness Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan, President of The United Arab Emirates and Ruler of Abu Dhabi.  

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments