Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Bertukar-tukar pandangan teroka peluang baharu kukuhkan hubungan
03/08/2022

dpmm_0308221.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari, yang dihoskan oleh Presiden Republik Singapura, Puan Yang Terutama Halimah Yacob dan suami, Tuan Mohammed bin Abdullah Alhabshee. 

Majlis Santap Tengah Hari tersebut diadakan di Istana, Republik Singapura. 

Keberangkatan tiba DYTM dan YTM di East Drawing Room dialu-alukan oleh Puan Yang Terutama Presiden Republik Singapura dan suami. 

DYTM dan YTM kemudiannya berangkat bersama Puan Yang Terutama dan suami ke President's Lounge bagi Majlis Santap Tengah Hari. 

Semasa Majlis Santap Tengah Hari berkenaan, DYTM dan PYT, antara lainnya membincangkan kaedah untuk memanfaatkan Program Pemimpin-pemimpin Muda dalam memperkembangkan lagi peluang kerjasama dua hala yang sedia ada di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura; serta bertukar-tukar pandangan untuk meneroka peluang-peluang baharu, dalam mengukuhkan lagi hubungan yang sekian lama terjalin. 

Sebelum berangkat meninggalkan Istana, DYTM dan YTM disembahkan dengan ucapan selamat berangkat oleh PYT Presiden Republik Singapura dan suami.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto