Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Rasmi
03/08/2022
dpmm_0308223.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Rasmi, hari ini.

Majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-La Singapura itu dihoskan oleh Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Kebangsaan, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah di State Room dijunjung oleh Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong dan isteri, Puan Wong yang kemudian diikuti dengan Majlis Santap Malam. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto