Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Kerjasama industri hiliran, pendidikan antara yang dibincangkan
04/08/2022

dpmm_0408221.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, petang tadi berkenan berangkat mengadakan Kunjungan Hormat dan menghadiri Majlis Santap Tengah Hari, yang dihoskan oleh Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong. 

Majlis-majlis tersebut berlangsung di Istana, Singapura. 

Keberangkatan tiba, Duli Yang Teramat Mulia di Istana, dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Republik Singapura. 

Semasa Kunjungan Hormat yang berlangsung di West Drawing Room, DYTM dan TYT, antara lainnya bertukar-tukar pandangan untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, termasuk kerjasama industri hiliran, meneroka strategi untuk melindungi alam sekitar serta berkongsi pengalaman dalam pemulihan pasca pandemik COVID-19. 

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan program latihan bagi penjawat am Negara Brunei Darussalam ke arah meningkatkan kapasiti dan kerjasama mereka, di bawah sektor-sektor yang berkepentingan melalui penempatan kerja, di agensi-agensi Kerajaan Republik Singapura. 

Menyentuh mengenai mengembangkan kerjasama pendidikan, satu biasiswa akan diperkenalkan untuk membukakan peluang kepada penuntut-penuntut Negara Brunei Darussalam yang mencapai prestasi cemerlang bagi menyambung pengajian di peringkat menengah hingga pengajian tinggi, di Republik Singapura. 

Selesai Kunjungan Hormat, DYTM berangkat bersama Tuan Yang Terutama menghadiri Majlis Santap Tengah Hari, di Banquet Hall.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto