Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat menghadiri Morning Outdoor Activity
04/08/2022

dpmm_040822.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, pagi tadi berkenan berangkat menghadiri Morning Outdoor Activity yang diadakan di River Wonders, Republik Singapura. 

Berangkat sama, anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah. 

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia  dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri di River Wonders dijunjung oleh Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Kebangsaan, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong dan isteri, Puan Wong; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan dan Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki Osman, selaku Menteri Pengiring. 

DYTM dan YTM antara lainnya, melawat beberapa kawasan di River Wonders seperti Amazon Flooded Forest, Squirrel Monkey Forest dan Panda Exhibit. 

Ini diikuti dengan Majlis Santap Pagi. 

Sebelum berangkat balik, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa' Raihaanul Bolkiah berkenan bertukar-tukar cenderamata bersama Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean. 

Lawatan tersebut antara lainnya bertujuan untuk memberikan peluang berinteraksi dengan lebih mesra antara para pemimpin generasi muda Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang jelas mencerminkan hubungan istimewa yang sekian lama terjalin daripada kedua-dua buah negara.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang haiwan, flora dan fauna; kesedaran mengenai alam sekitar dan semula jadi; serta pemeliharaan binatang yang kian pupus.

River Wonders merupakan sebuah taman yang menempatkan lebih 7,500 haiwan daripada 240 spesies habitat air dan hidupan liar dari seluruh dunia. 

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto