Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Majlis Bertahlil sempena HPA Ke-29
24/09/2022
jpm_240922.jpg 

Bersempena dengan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Kali Ke-29 Tahun, Majlis Bertahlil khusus bagi ayahanda, bonda serta putera Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berlangsung pagi tadi, di Makam Kubah Diraja, Jalan Tutong, di sini. 

Hadir selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan HPA Kali Ke-29 Tahun 2022, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. 

Bacaan Tahlil di majlis tersebut diketuai oleh Imam Tingkat II, Balai Ibadat Mukim Saba, Awang Ahmad Shahrin bin Haji Manor. 

Juga hadir, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kerajaan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto