Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Perdana Menteri Malaysia, isteri tamatkan Lawatan Rasmi
25/01/2023
jpm_260123.jpg 

Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Yang Amat Berbahagia Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail serta rombongan, petang tadi bertolak meninggalkan Bandar Seri Begawan selepas menamatkan Lawatan Rasmi selama dua hari. 

Sebelum menaiki Pesawat Khas, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia melintasi Barisan Kawalan Statik yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. 

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan isteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Menteri Pengiring dan isteri; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan isteri; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam (NBD) ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Saidin dan isteri; serta Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke NBD, Tuan Yang Terutama Raja Dato' Reza bin Raja Zaib Shah dan isteri.​


Sumber berita Pelita Brunei

Sumber foto InfoFoto