Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berkenan adakan lawatan ke Turkish Aerospace Industries
08/03/2023
hm_080323.jpg 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Turkish Aerospace Industries. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Minister of Industry and Technology, Republik Türkiye, Tuan Yang Terutama Mustafa Varank; dan President and Chief Executive Officer of Turkish Aerospace Industries, Prof. Temel Kotil. 

Semasa lawatan berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia antara lainnya mendengarkan sembah taklimat mengenai fungsi dan peranan Turkish Aerospace Industries yang merupakan salah satu penyumbang utama kepada industri 'aerospace' antarabangsa melalui reka bentuk dan pengeluaran pesawat pertahanan dan komersial. 

Kebawah DYMM juga berkenan menyaksikan pertunjukan udara dan pameran statik 'aerospace' yang mempamerkan produk pengeluaran Turkish Aerospace Industries seperti jet-jet pejuang, helikopter, dan pesawat 'drone unmanned aerial vehicle' (UAV). 

Selepas lawatan berkenaan, Kebawah DYMM kemudiannya berangkat tiba di Istanbul bagi meneruskan Keberangkatan Negara baginda. ​

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto