Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Body
  
  


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat merasmikan Bangunan Baharu Pusat Pendidikan Sekuriti (PPS), Cawangan Sekuriti Pertahanan, Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik pada majlis, yang berlangsung di Bolkiah Garison, di sini. 

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Bangunan Kementerian Pertahanan, dijunjung oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. 

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM berkenan untuk menerima Tabik Hormat Diraja, seterusnya memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan, yang terdiri daripada enam pegawai dan 105 anggota lain-lain peringkat dari Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), diketuai oleh Pemerintah Kawalan Kehormatan, Mejar Pengiran Abdul Hadi bin Pengiran Idris dari Rejimen Pengawal Diraja. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, seterusnya dijunjung oleh Pemerintah TDDB dan Pengarah Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abd. Razak bin Haji Abd. Kadir bagi merasmikan Bangunan Baharu PPS. 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Pengarah Jabatanarah Agama ABDB, Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, Tentera Laut Diraja Brunei. 

Selesai perasmian, Kebawah DYMM beredar ke Auditorium, seterusnya berkenan mengurniakan titah. 

Setelah itu, baginda berkenan berangkat ke bilik Ruang Galeri bagi menyaksikan pameran-pameran sekuriti, seterusnya dijunjung bagi melawat bilik-bilik kuliah, di tingkat pertama bangunan. 

Kebawah DYMM kemudian berkenan melawat Pejabat Pentadbiran dan Pejabat Pelatih PPS, di tingkat dua, di mana antara kemudahan yang terdapat di sana adalah surau, kantin serta perpustakaan. 

Selesai lawatan, Kebawah DYMM bersama paduka-paduka anakanda baginda dijunjung berangkat ke Bilik VVIP PPS bagi Majlis Santap Tengah Hari. 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dijunjung menandatangani lembaran kenangan dan menerima pesambah daripada Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik; serta bergambar ramai bersama warga Cawangan Sekuriti Pertahanan, Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi, berkenan menerima mengadap Setiausaha Kewangan Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Carlos Garcia Dominguez III, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari. 

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Darussalam dan Tuan Yang Terutama Setiausaha Kewangan Republik Filipina berbincang mengenai inisiatif-inisiatif bersama serta perkembangan dalam kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina. 

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama di Majlis Mengadap tersebut, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio. 

Juga hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah. 

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

dpmm_250522.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu, hari ini, yang berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif.

Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik tersebut menerima Surat-surat Watikah Pelantikan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei 2022.

Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Lazarus Arnold; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn Roberta McClelland; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Sengdavanh Vongsay dan Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri.

Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam tersebut telah menyembahkan Surat-surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei 2022.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Senior Minister News
  

hm_250522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Ibn Al Hussein, Raja Jordan dan ahli kerabat diraja serta kerajaan dan juga rakyat Jordan bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara tersebut.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  
hm_240522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand, Tuan Yang Terutama Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama Wan Hadfi Lutfan bin Haji Abdul Latif. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, seterusnya berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Bernard Regnauld-Fabre; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Luke Lazarus Arnold; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Caryn Roberta McClelland; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Sengdavanh Vongsay; dan Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Alok Amitabh Dimri. 

Sejurus selepas majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. 

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Allahyarham Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha; dan Grand Chamberlain , Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar. 

Majlis-majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

pr_jkpc_240522_page-0001.jpg
pr_jkpc_240522_page-0002.jpg
pr_jkpc_240522_page-0003.jpg

Other News
  

hm_230522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Australia, The Honourable Anthony Albanese MP berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Australia yang baharu.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_210522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Han Duck-soo, berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Korea.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_190522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat bercemar duli bagi menyerikan lagi Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah / 2022 Masihi anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB).

Jalinan kemesraan Aidilfitri yang berlangsung hari ini, di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini, kali ini dapat diraikan dalam suasana muhibah, namun garis panduan Prosedur Operasi Standard harus dipraktikkan dalam kita masih berhati-hati mengekang penularan pandemik COVID-19.

Berangkat sama pada majlis berkenaan, paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir YSHHB dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Juga berangkat, paduka-paduka adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Turut berangkat, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja.

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar selaku Timbalan Pengerusi I Jemaah Tadbir YSHHB; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku Timbalan Pengerusi II Jemaah Tadbir YSHHB; Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB; Ahli-ahli Jemaah Tadbir YSHHB, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong dan Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua.

Kemuncak majlis ialah pengurniaan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan tayangan video bertajuk 'Memperkasa Kecerdasan Belia Mampan' yang antara lain memaparkan penglibatan aktif serta pencapaian-pencapaian yang telah diraih oleh para belia negara. Iaitu dengan dukungan penuh dan berterusan daripada pihak kerajaan, agensi swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dengan Pendekatan Senegara yang Mantap (Whole of Nation Approach) dalam melahirkan para belia bakal penerus pemimpin masa depan yang mempunyai nilai-nilai murni dan berakhlak mulia, berkeyakinan, bertanggungjawab, dinamik, kreatif dan berinovatif bagi mendukung aspirasi Wawasan Brunei 2035.

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan pentas daripada para pelajar Sekolah YSHHB (gabungan daripada kanak-kanak Taman Asuhan Kanak-Kanak, murid-murid sekolah rendah dan penuntut-penuntut sekolah menengah) dan pelajar Sekolah Rendah Bengkurong dengan pimpinan Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Acara persembahan turut diserikan dengan Persembahan Silat daripada Pasukan Pencak Silat negara yang merangkul pingat perak dan gangsa pada Sukan SEA Ke-31 di Hanoi, Viet Nam baru-baru ini.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudiannya dijunjung menandatangani Lembaran Keberangkatan dan seterusnya bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jemaah Tadbir dan Lembaga Pengarah serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi YSHHB.

Bersesuaian dengan tema dan konsep sambutan pada tahun ini, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja juga berkenan menyaksikan pameran mengenai usaha-usaha, inisiatif-inisiatif dan komitmen semua kementerian, sektor swasta, NGOs dan individu dalam memperkasa kecerdasan belia mampan.

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan beramah mesra dengan semua peserta yang hadir.

Di samping memberi kesempatan peluang kepada para peserta untuk beramah mesra dengan raja yang sangat dikasihi, majlis ini juga setentunya akan memberi inspirasi dan perangsang kepada para peserta dalam melaksanakan peranan mereka masing-masing. 

Sambutan ini adalah merupakan kali ke-18 dianjurkan oleh pihak YSHHB sejak ia telah mula diadakan pada tahun 2003.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran YSHHB ini mengumpulkan para peserta daripada latar belakang yang berbeza setiap tahun dalam memberikan kesempatan kepada mereka menyembahkan junjung kasih dalam suasana yang lebih mesra dan meriah. 

Mereka ini terdiri daripada kumpulan masyarakat yang dikenal pasti dapat memberikan kepentingan dalam menjana kesejahteraan, kebajikan dan kepentingan kepada ugama, bangsa dan negara. 

Golongan belia yang ditampilkan pada hari ini terdiri daripada warga belia negara yang telah memberikan sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam program keagamaan, kemasyarakatan, keusahawanan dan seni kreatif. 

Manakala sebahagian lagi terdiri daripada para belia dan pelajar yang berpotensi untuk memberikan sumbangan terhadap pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat. 

Mereka ini diharapkan akan memberikan inspirasi kepada semua golongan belia untuk mempersiapkan diri membentuk paradigma masyarakat yang pintar dan inovatif.

Hadir sama ialah Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, sebahagian Duta Besar dan Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi ke Negara Brunei Darussalam, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap serta para jemputan khas.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

hm_170522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Pertahanan Negara, Republik Filipina, Yang Berhormat Delfin N. Lorenzana, hari ini yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan bakal Duta Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R-Tirol Ignacio.

NBD dan Republik Filipina mempunyai hubungan kerjasama pertahanan yang sangat erat dan sudah lama terjalin dan diperkukuhkan lagi dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman di dalam Kerjasama Pertahanan pada 22 Ogos 2001, di mana mengandungi perjanjian pertahanan, pertukaran profesional di semua peringkat kepada latihan dan eksesais merentasi Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara kedua-dua belah pihak.

Hubungan pertahanan ini juga merangkumi beberapa landasan pelbagai hala termasuk Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan ADMM-Plus serta melalui operasi pengaman antarabangsa iaitu Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) dan Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT) di Mindanao, Republik Filipina.

Setiausaha Pertahanan Negara, Republik Filipina berada di NBD bagi Lawatan Rasmi selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 Mei 2022.

Lawatan Rasmi ini bertujuan untuk meneruskan usaha pengukuhan kerjasama pertahanan di antara NBD dan Republik Filipina.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_1705221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Perdana Menteri Republik Perancis, Puan Yang Terutama Elisabeth Borne berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Perancis yang baharu.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_150522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada His Highness Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriyah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu, sempena dengan pelantikannya sebagai Presiden Emiriyah Arab Bersatu dan Pemerintah Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu yang baharu.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_1305223.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam ini, berangkat balik meninggalkan Washington D.C., Amerika Syarikat (AS) setelah menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN - AS. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Sebelum berangkat meninggalkan tempat persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 

Berada di Lapangan Terbang Joint Base Andrews, bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke AS, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali. 

Semasa keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Washington D.C., baginda berkenan menghadiri Majlis Santap Tengah Hari, yang dihoskan oleh Naib Presiden AS, Puan Yang Terutama Kamala D. Harris, di mana para pemimpin membincangkan perkara-perkara mengenai kerjasama maritim dan pemulihan pandemik serta kesihatan. 

Kebawah DYMM bertitah agar ASEAN dan AS terus komited kepada penglibatan yang aman melalui dialog dan perundingan melalui berbagai mekanisme, yang dipimpin oleh ASEAN untuk memastikan rantau ini aman, stabil serta makmur. 

Seterusnya, baginda berkenan menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN - AS, yang berlangsung di Department of State. 

Sesi Plenary Pertama dipengerusikan oleh Puan Yang Terutama Naib Presiden AS dan membincangkan mengenai tindakan iklim, transformasi tenaga bersih dan infrastruktur mampan. 

Semasa sesi tersebut, Kebawah DYMM mengalu-alukan penglibatan AS dalam inisiatif-inisiatif perubahan iklim, di rantau ini. 

Manakala Sesi Plenary Kedua dipengerusikan oleh Presiden AS, Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr., di mana para pemimpin berbincang mengenai isu-isu serantau dan global serta hubungan ASEAN - AS di masa hadapan dan isu-isu mengenai rantau Indo-Pasifik. 

Pada sesi ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengalu-alukan pembaharuan komitmen AS kepada ASEAN dan menzahirkan keyakinan, bahawa hubungan ASEAN - AS akan terus maju menuju ke arah masa depan yang aman, makmur serta penuh dengan peluang di bawah kepimpinan Presiden AS. 

Pada Sidang Kemuncak Khas ini, ASEAN - U.S. Special Summit Joint Vision Statement telah diluluskan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_1305222.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Puan Yang Terutama Kamala D. Harris, hari ini dan seterusnya berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke majlis tersebut ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Majlis Santap Tengah Hari yang berlangsung di Department of State, Washington D.C., di sini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN; Setiausaha Negara AS dan Setiausaha Agung ASEAN.

Sejurus keberangkatan tiba di Department of State, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Chief of Protocol bagi AS, Ambassador Rufus Gifford.

Baginda kemudian berangkat ke Benjamin Franklin Room bagi menghadiri Majlis Santap Tengah Hari tersebut.

Semasa Majlis Santap Tengah Hari, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah bahawa ASEAN telah menubuhkan ASEAN SHIELD bagi memastikan tindak balas yang bersepadu, pantas dan berkesan terhadap kecemasan dan bencana yang bersifat pelbagai dimensi pada masa hadapan dan menggalakkan agensi-agensi AS seperti Federal Emergency Management Agency dan The U.S Center for Disease and Control Prevention dapat memberikan nilai tambah kepada usaha ASEAN untuk membina rantau yang lebih berdaya tahan.

Baginda seterusnya bertitah mengenai Kenyataan East Asia Summit Leaders on Mental Health Cooperation, yang ditaja bersama oleh Negara Brunei Darussalam dan AS pada tahun 2021 di mana baginda berharap ASEAN dan AS akan dapat bekerjasama dalam bidang kesihatan mental.

Selain itu, kerjasama keselamatan maritim di rantau ini adalah penting untuk memastikan keselamatan laluan perhubungan laut.

Baginda bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam akan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan serantau dalam meningkatkan keselamatan maritim melalui dialog dan kerjasama, di mana pada tahun lepas Expanded ASEAN Maritime Forum Ke-9 telah dianjurkan yang menumpukan kepada undang-undang antarabangsa dan perlindungan persekitaran laut serta ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus, di mana ASEAN Direct Communications Infrastructure di antara pegawai-pegawai ketenteraan telah diperluaskan untuk merangkumi rakan kongsi luar seperti AS.

Pada mengakhiri titah, baginda bertitah agar ASEAN dan AS terus komited kepada penglibatan yang aman melalui dialog dan perundingan melalui berbagai mekanisme yang dipimpin oleh ASEAN untuk memastikan rantau ini aman, stabil dan makmur.

Majlis Santap Tengah Hari tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Naib Presiden AS, yang menekankan bahawa AS terus komited terhadap pengukuhan hubungan dengan ASEAN dan negara-negara anggotanya dan mengambil maklum mengenai kepentingan strategik rantau ini bagi kemakmuran dan keselamatan rakyat AS.

Para pemimpin juga telah membincangkan perkara-perkara mengenai kerjasama maritim dan pemulihan pandemik dan kesihatan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_1305221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama para pemimpin yang lain, sejurus sahaja menghadiri Majlis Santap Tengah Hari kemudiannya beredar ke Loy Henderson International Conference Room untuk menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke majlis tersebut ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sesi Plenari Pertama ini telah dipengerusikan oleh Naib Presiden AS, Puan Yang Terutama Kamala D. Harris dan turut dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN; Wakil Khas Presiden AS bagi Iklim; Setiausaha Tenaga AS; Setiausaha Pengangkutan AS dan Setiausaha Agung ASEAN.

Semasa Sesi Plenari Pertama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah dengan menzahirkan penghargaan kepada AS atas pembaharuan komitmennya kepada perubahan iklim, sepertimana yang terjadi semasa COP-26 di Scotland.

Baginda seterusnya mengucapkan tahniah kepada Presiden AS di atas usaha-usaha peribadi beliau untuk bekerjasama dengan negara-negara kuasa besar yang lain bagi melaksanakan Perjanjian Paris.

Baginda seterusnya bertitah bahawa ASEAN juga memberikan penekanan yang mendalam terhadap perubahan iklim seperti ASEAN Climate Change Centre di mana baginda juga merakamkan penghargaan kepada AS terhadap ketersediaannya bagi penghantaran seorang Science Fellow untuk mendukung penubuhan pusat tersebut di Negara Brunei Darussalam.

Dalam menuju masa depan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah bahawa banyak usaha perlu dilaksanakan menangani tindakan iklim seperti pembangunan kapasiti.

Baginda juga bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam sedang mengutamakan usaha-usaha dalam memastikan ekonomi negara terus berdaya tahan dan mampan melalui penggunaan teknologi karbon rendah serta meningkatkan inisiatif dengan tujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon.

Akhir sekali, baginda mengalu-alukan penglibatan AS dalam inisiatif-inisiatif perubahan iklim di rantau ini.

Terdahulu sebelum itu, Sesi Plenari dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Naib Presiden AS, yang mengambil maklum akan kesan-kesan krisis iklim terhadap ASEAN dan AS dan oleh itu, mencadangkan kedua-dua pihak untuk bersepadu dalam mendukung aspirasi dan mencapai keperluan infrastruktur dengan mampan.

Dalam pada itu, AS telah melancarkan inisiatif-inisiatif mengenai tenaga bersih dan infrastruktur iklim yang pintar, perkongsian mengenai pengangkutan mampan dan perlindungan hutan serta perkongsian data satelit untuk bertindak balas terhadap cuaca luar biasa.

Pada Sesi Plenari tersebut, para pemimpin juga telah membincangkan mengenai tindakan iklim, transformasi tenaga bersih dan infrastruktur mampan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_130522.jpg

Sejurus selesai Sesi Plenari Pertama mengenai Iklim, Sesi Plenari Kedua mengenai Isu-Isu Serantau dan Global diteruskan di mana sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr, hari ini, di sini.

Sesi tersebut juga dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN; Setiausaha Negara Amerika Syarikat; dan Setiausaha Agung ASEAN.

Semasa Sesi Plenari Kedua yang berlangsung di Department of State, Washington D.C., di sini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah di mana baginda melahirkan rasa gembira kerana menghadiri secara fizikal ke Sidang Kemuncak ASEAN bersama Rakan Dialog yang diadakan pada julung kalinya sejak tercetusnya pandemik COVID-19.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke majlis tersebut ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Semasa sesi tersebut, baginda juga merakamkan penghargaan atas sokongan Presiden AS, TYT Joseph R. Biden Jr. kepada Negara Brunei Darussalam semasa Pengerusian ASEAN pada tahun 2021 dan seterusnya mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

Baginda melahirkan rasa puas hati kerana sempena Ulang Tahun Ke-45 Hubungan Dialog ASEAN-AS di mana AS merupakan rakan strategik ASEAN dalam memelihara keamanan, membuat pelaburan dalam ekonomi dan mendukung pembangunan ASEAN.

Semasa pandemik COVID-19, ASEAN memanfaatkan sokongan padu AS melalui pembekalan vaksin dan peralatan perubatan.

Baginda juga memuji kepimpinan peribadi Presiden AS terhadap perkara ini, termasuk penganjuran Sidang Kemuncak COVID-19 Kedua semalam.

Menjelang Ulang Tahun Ke-50 Hubungan ASEAN-AS, baginda ingin melihat keamanan, kestabilan dan pembangunan mampan akan berterusan untuk kesemua penduduk di Indo-Pasifik.

Bagi mencapainya, kerjasama di antara ASEAN dan AS ini akan memberikan faedah kepada penduduk, melalui pendekatan yang lebih strategik dan komprehensif.

Antara lainnya, kerjasama tersebut memerlukan peningkatan yang ketara secara mendalam dan skop pertukaran, latihan dan pembangunan kapasiti bagi semua penduduk, termasuk membina inisiatif seperti ASEAN Junior Fellowship Programme dan ASEAN-U.S. Internship Programme.

Baginda yakin bahawa usaha-usaha berkenaan akan menyumbang kepada peningkatan kepercayaan dan persefahaman antara penduduk, terutamanya golongan belia di mana merupakan asas kepada hubungan ASEAN-AS di masa hadapan.

Baginda juga mencadangkan agar bidang baharu yang mempunyai kepentingan bersama dikenal pasti untuk manfaat bersama, di mana satu bidang yang penting kepada gaya hidup penduduk ialah pengurusan, kesejahteraan dan keselamatan kawasan maritim.

ASEAN telah memulakan kerja dalam Ekonomi Biru pada tahun 2021 bagi mempromosikan penggunaan sumber maritim yang mampan.

Dengan pelancaran US Blue Economy Strategic Plan, baginda bertitah bahawa perkembangan kerjasama dalam bidang ini adalah tepat pada masanya, di mana ASEAN dan AS boleh mendapat manfaat bersama daripada pengalaman masing-masing.

Baginda bertitah bahawa kerjasama di kawasan maritim, termasuk Laut China Selatan, adalah selaras dengan undang-undang antarabangsa dan 1982 U.N. Convention on The Law of The Sea.

Dengan satu pertiga daripada perkapalan antarabangsa melalui Laut China Selatan, memastikan keamanan dan keselamatan adalah amat penting di peringkat global.

Oleh itu, pematuhan semua pihak kepada undang-undang antarabangsa, termasuk menunggakkan prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah mustahak.

Baginda bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam akan terus memupuk persekitaran yang aman dan tenteram dan menggalakkan semua negara, sama ada yang besar mahupun kecil, mengutamakan dialog dan kerjasama.

Baginda juga mengalu-alukan pengumuman AS yang mana untuk mempertingkatkan penglibatan dalam bidang pendidikan dan pertukaran antara penduduk ASEAN serta cadangan AS untuk menubuhkan Indo-Pacific Economic Framework yang akan dapat mendorong pertumbuhan dan menjana peluang.

Pada mengakhiri titah, baginda mengalu-alukan pembaharuan komitmen AS kepada ASEAN dan menzahirkan keyakinan bahawa hubungan ASEAN-AS akan terus maju menuju ke arah masa depan yang aman, makmur dan penuh dengan peluang di bawah kepimpinan Presiden AS.

Sementara itu, Sesi Plenari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada TYT Presiden AS, di mana TYT menzahirkan rasa puas hati bahawa hubungan ASEAN dan AS menuju ke era baharu, di mana perbincangan telah meliputi pelbagai isu termasuk pandemik COVID-19, masa depan tenaga bersih, infrastruktur mampan, akses kepada pendidikan dan kerjasama maritim.

Pada Sesi Plenari tersebut, para pemimpin juga telah membincangkan mengenai hubungan ASEAN-AS di masa hadapan dan isu-isu mengenai rantau Indo-Pasifik.

Pada Sidang Kemuncak Khas ini, ASEAN-U.S. Special Summit Joint Vision Statement telah diluluskan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

hm_120522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr., hari ini bagi mengalu-alukan para Pemimpin ASEAN serta delegasi yang menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang berlangsung di White House, Washington D.C.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sebelum Majlis Santap Malam bermula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyertai para pemimpin bagi sesi bergambar ramai.

Semasa Majlis Santap Malam tersebut, Tuan Yang Terutama Presiden AS telah menyampaikan ucapan bagi mengalu-alukan kehadiran para pemimpin berkenaan serta delegasi ke Washington D.C.

Pada tahun ini, ASEAN dan AS memperingati Ulang Tahun Hubungan Dialog Ke-45 Tahun.

Perbincangan para pemimpin semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS dijangka akan menumpukan usaha-usaha untuk memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan lagi kerjasama di antara ASEAN dan AS di masa akan datang.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  
hm_110522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi berangkat tiba di Washington D.C., Amerika Syarikat (AS) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN - AS, yang akan berlangsung pada 12 - 13 Mei 2022, di Department of State. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Hadir di Lapangan Terbang Joint Base Andrews, Washington D.C. bagi menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia semasa keberangkatan tiba ialah Chief of Protocol bagi Amerika Syarikat, Ambassador Rufus Gifford. 

Juga hadir sama bagi menjunjung keberangkatan baginda ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke AS, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali. 

Sebelum berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Khas tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga dijangka akan menghadiri Majlis Santap Malam bersama para Pemimpin ASEAN yang dihoskan oleh Presiden AS.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_1005222_.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, hari ini. 

Majlis Bertahlil berkenaan adalah khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam; Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman; dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim. 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta kerabat diraja yang lain. 

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM berserta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; dan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman. 

Bacaan Tahlil dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang juga seterusnya membacakan Doa Tahlil, diikuti dengan Doa Allah Peliharakan Sultan. 

Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM berkenan menjirus Aying Asah-Asahan ke makam ayahanda, bonda dan anakanda baginda, diikuti oleh paduka-paduka anakanda dan adinda baginda. 

Kebawah DYMM juga seterusnya menjirus Aying Asah-Asahan ke makam Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman; Al-Marhumah Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan; dan Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama (Dr.) Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz. 

Turut hadir ke majlis tersebut, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis-majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri dan Manteri-manteri Bertauliah, Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_1005221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Korea, Tuan Yang Terutama Yoon Suk-yeol berikutan dengan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden dalam bulan Mac 2022.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_230322-1.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat, yang akan berlangsung pada 12 - 13 Mei 2022 di Washington D.C., Amerika Syarikat.

Sidang Kemuncak Khas tersebut akan dipengerusikan bersama oleh Presiden Amerika Syarikat, Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr.; dan Perdana Menteri Kerajaan Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen, selaku Pengerusi ASEAN.

Semasa Sidang Kemuncak Khas tersebut, para Pemimpin ASEAN-Amerika Syarikat dijangka akan membincangkan mengenai mengukuhkan perkongsian di antara ASEAN dan Amerika Syarikat, serta meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk tindak balas COVID-19, pendidikan, hubungan di antara penduduk serta kesalinghubungan.

Para pemimpin juga dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Sidang Kemuncak Khas ini akan memperingati 45 Tahun Hubungan ASEAN-Amerika Syarikat dan diharapkan akan mengukuhkan hubungan dan meningkatkan lagi kerjasama yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak serta mengalu-alukan komitmen berterusan Amerika Syarikat terhadap ASEAN Centrality.

Sidang Kemuncak Khas tersebut juga akan bertumpu pada keberhasilan Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat Ke-9, yang bersidang semasa Negara Brunei Darussalam menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2021.

Dialog ASEAN-Amerika Syarikat bermula pada tahun 1977 dan seterusnya hubungan di antara ASEAN dan Amerika Syarikat dinaik taraf ke Perkongsian Strategik pada tahun 2015.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_070522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Emmanuel Macron, berikutan dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Perancis.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_0205222.jpg

Seperti lazimnya, setiap 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas berjaya menyempurnakan kewajipan menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan. 

Sudah setentunya, apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri tradisi kunjung-mengunjungi dan ziarah-menziarahi bagi mengukuhkan silaturahim baik dalam kalangan rakyat serta penduduk mahupun para pembesar negara dan raja yang dikasihi menjadi tradisi di negara ini. 

Kegembiraan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah tersebut dikongsi sama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, iaitu dengan berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah Hari Raya Aidilfitri bersama pembesar-pembesar negara, di Istana Nurul Iman, di sini. 

Pembesar-pembesar negara, terdiri daripada Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Yang Berhormat Menteri-menteri Kabinet, Yang Mulia Timbalan-timbalan Menteri, Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, para diplomat serta perwakilan asing di negara ini, Setiausaha-setiausaha Tetap, dan para pegawai kanan kerajaan bersama isteri masing-masing. 

Berangkat sama paduka-paduka anakanda serta adinda Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam; dan cucunda-cucunda Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain. 

Junjung ziarah para pembesar negara dan diplomat ke hadapan majlis Kebawah DYMM, yang diadakan pada 1 Syawal selepas Sembahyang Sunat Aidilfitri, mencerminkan kemesraan dan ketulusan, dalam mengukuhkan hubungan serta melahirkan rasa muhibah yang sudah sekian lama terjalin. 

Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain juga berkenan menerima sembah ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, para pembesar negara berpeluang untuk beramah mesra bersama para rakan sejawatan mereka. 

Selain itu, tetamu turut disajikan dengan pelbagai aneka juadah hari raya, yang sudah setentunya menambahkan lagi rasa kesyukuran dan kegembiraan menyambut hari kemenangan bagi umat Islam.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

hm_0205221.jpg

Negara Brunei Darussalam dan seluruh isi di dalamnya menzahirkan dengan merafakkan kesyukuran atas kesempatan meraikan hari kemenangan setelah sebulan mengharungi cabaran menjalani ibadah puasa Ramadan.

Anugerah Aidilfitri yang disambut pada tahun 1443 Hijrah ini semestinya diperbesarkan dengan pujian takbir, tasbih dan juga tahmid sejak malam semalam di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara setelah diumumkan sabit kelihatan hasil merukyah 'hilal' Syawal.

Sudah menjadi kelaziman dalam menyambut Aidilfitri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bercemar duli bersama rakyat dan penduduk untuk menunaikan Sembahyang Sunat Aidilfitri dan kali ini diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta paduka-paduka anakanda baginda ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Sejurus jam 7.30 pagi, Pegawai Masjid di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh menyeru untuk menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri.

Sembahyang sunat di sini diimamkan oleh Pegawai Masjid di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mustafa bin Haji Murat.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim semasa membacakan Khutbah Aidilfitri pertama antara lain menyatakan, sudah tiga tahun negara kita menyambut bulan Syawal dalam suasana wabak koronavirus masih menular. Akan tetapi kita sebagai umat Islam tetap sabar dan reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah Subhanahu Wata'ala ini.

"Sesungguhnya jika kita sabar dan reda terhadap qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala, maka kita juga akan memperoleh keredaan Allah Subhanahu Wata'ala," jelasnya.

Yang Berhormat menerangkan, selaku umat yang beriman, kita tetap istiqamah berdoa, berzikir, berselawat membaca Al-Quran, Sembahyang Hajat dan melakukan lain-lain usaha, untuk memohon rahmat Allah Subhanahu Wata'ala dan juga bagi mendapatkan perlindungannya dari bahaya wabak yang sedang melanda ini.

"InsyaaAllah, kita penuh yakin bahawa Allah Subhanahu Wata'ala tidak akan mensia-siakan doa dan munajat kita yang berterusan, istimewa di bulan Syawal yang Mubarak ini," katanya.

Yang Berhormat seterusnya menambah, kedatangan Aidilfitri disambut oleh umat Islam di seluruh dunia dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan tanpa mengira darjat mahupun keturunan sama ada miskin atau kaya, tua ataupun muda.

Dalam pada itu, dalam keceriaan dan kegembiraan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kita masih tetap perlu berhati-hati dan jangan pula kita lalai dan leka untuk mengikut dan mematuhi SOP garis panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

Tegasnya, orang ramai adalah diperingatkan supaya sama-sama peka dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam melindungi antara satu dengan yang lain, terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi seperti warga emas.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan berada saja di rumah jika berasa kurang sihat," jelasnya lagi.

Sementara dalam Khutbah Aidilfitri Kedua pula menjelaskan, bulan Ramadan telah mendisiplinkan dan mendidik diri kita mengawal hawa nafsu serta menjaga diri kita daripada segala bentuk maksiat seperti maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat lidah agar tidak merosakkan ibadat puasa.

Oleh itu, segala didikan yang telah kita peroleh dan yang telah kita lakukan di sepanjang bulan Ramadan itu hendaklah diteruskan di bulan-bulan yang lain secara istiqamah.

Dalam keseronokan kita meraikan Hari Raya, satu aspek yang tidak kurang pentingnya untuk dihayati ialah menyambut dengan berpada-pada dan bersederhana.

Oleh yang demikian, walaupun kita disunatkan berhias dan bergembira pada Hari Raya, akan tetapi ini bukan bermakna kita boleh berbelanja secara berlebih-lebihan dan melampaui batas sehingga membebankan diri sendiri.

Dalam khutbah juga mengingatkan agar janganlah kita terlalu mengikut kehendak hawa nafsu sehingga menyusahkan diri sendiri dan melakukan pembaziran.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Semoga Aidilfitri yang kita raikan ini menjadi satu kenangan yang terindah bersama keluarga serta jangan leka dan SOP keselamatan terutama sekali dalam kita mengekang penularan wabak COVID-19 sekarang ini.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

pr_280422_page-0001.jpg

pr_280422_page-0002.jpg


Other News
  

dm_250422.jpg

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melalui Jibril Alaihissalam dan Al-Quran sendiri merupakan mukjizat dari Allah Subhanahu Wata'ala dan membacanya pula mendapat pahala. 

Maka pada bulan Ramadan inilah kita bersemangat mengaji Al-Quran dan malah mengkhatamkan Al-Quran, kerana dengan sekali sahaja kita mengkhatamkan Al-Quran, kita akan menjadi jutawan di akhirat kelak dengan mendapat pahala yang berlipat kali ganda. 

Justeru, berkaitan dengan 'Al-Quran dan Perkhidmatan Awam Dalam Era Industri Revolusi 4.0' merumuskan hidup dalam era IR4.0 ini serba serbi menggunakan teknologi yang lebih canggih dan hasil daripada penciptaan teknologi ini menyebabkan pekerjaan kita sekarang ini dapat dilaksanakan dengan cepat dan mudah. 

Selain itu, dengan adanya IR4.0 ini juga, akan lebih menjimatkan masa, tenaga, wang ringgit sehinggakan secara positifnya dapat dilihat bahawa ia tidak secara langsung dapat memberikan ruang dan masa kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. 

Perkara itu disampaikan oleh Pegawai Ugama Kanan, Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman pada sesi ceramah, pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Sumbangan Derma sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1443H / 2022M Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya, yang diadakan di Dewan Bankuet, Bangunan JPM, petang tadi. 

Beliau menambah, jika sebelum ini kita sering dibebani dengan pelbagai kerja yang sering mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan sehinggakan kita kadang-kadang tidak mempunyai masa atau terbatas masa kita untuk bersama Allah, maka dengan adanya kemudahan teknologi yang canggih ketika ini tidak akan menjadikan alasan lagi kepada kita untuk tidak ada masa, malah mempunyai lebih banyak masa kita kepada Allah. 

"Semakin kita di era canggih ini, maka semakin banyak masa kita untuk bersama Allah Subhanahu Wata'ala, ada masa untuk berzikir, ada masa untuk membaca Al-Quran dan ada masa untuk melakukan pelbagai ibadah yang lainnya," terang beliau lagi. 

Beliau juga turut menjelaskan, salah satu ciri mudah tersebut itu juga ialah amalan membaca Al-Quran yang boleh sahaja dibuat melalui aplikasi telefon bimbit, iaitu dengan memuat turun 'Mushaf Brunei' yang disahkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama. 

Dalam pada itu, beliau juga turut melahirkan harapan agar dengan adanya kemudahan teknologi aplikasi sebegini, maka kita selaku warga Perkhidmatan Awam perlu memanfaatkan teknologi ini seiring dengan amalan kewajipan kita di sisi Allah dan berpandukan kepada Al-Quran, kerana Al-Quran adalah sebaik-baik panduan dalam kehidupan kita. 

Acara kemudiannya disusuli dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai, dikhususkan untuk meraih rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala berupa keamanan, kesejahteraan dan keselamatan daripada segala bencana, musibah dan malapetaka, termasuk pandemik wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat pada majlis tersebut, Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah.

Sejurus itu, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan derma sempena Hari Raya Aidilfitri kepada seramai 37 warga JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Pada tahun ini, dua majlis diadakan secara serentak, iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan Derma sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diharapkan akan dapat membantu meringankan beban kewangan para penerima dan memberikan keceriaan dalam sama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Majlis diselajurkan dengan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi sama-sama memperingati kelebihan dalam menerapkan pembacaan Al-Quran dalam kehidupan seharian sebagai penunjuk jalan yang betul dalam meraih keberkatan, perlindungan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala jua.

Majlis kali ini dikelolakan oleh Bahagian Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media, JPM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pengurusan selaku Pengendali Bersama.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Other News
  

pr_220422_page-0001.jpg

pr_220422_page-0002.jpg

pr_220422_page-0003.jpg

pr_220422_page-0004.jpg

pr_220422_page-0005.jpg

pr_220422_page-0006.jpg


Other News
  

hm_190422.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Selawat Senegara Selawat Tafrijiyyah Tahun 1443 Hijrah / 2022 Masihi, yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di sini. 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke majlis tersebut dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Haji Awang Abdul Wahab bin Haji Mohd. Said; dan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar. 

Atur cara dimulakan dengan Sembahyang Sunat Qabliah Zuhur, diikuti dengan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar, yang kemudiannya mengimamkan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah. 

Acara kemudiannya diikuti dengan sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri di JPM selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Selawat Senegara Selawat Tafrijiyyah Tahun 1443 Hijrah. 

Yang Berhormat dalam sembah alu-aluannya menjelaskan, Majlis Selawat Senegara Selawat Tafrijiyyah yang diadakan buat julung kalinya di peringkat negara tersebut adalah hasil ungkayah bersama JPM, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Mufti Kerajaan. 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, majlis tersebut merupakan salah satu usaha berterusan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan ke arah mengamalkan 'Vaksin Ketuhanan' bagi meraih keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala dalam menghadapi apa juga bencana dan musibah, termasuk situasi pandemik COVID-19 ketika ini. 

"Amalan berselawat dan memberi salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah merupakan satu ibadah yang disyariatkan dan diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada orang-orang beriman, dan adalah juga merupakan satu-satunya perlakuan ibadah yang turut dilakukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala bersama para malaikat-Nya," terang Yang Berhormat lagi. 

Perkara ini, tambah Yang Berhormat lagi dengan sendirinya jelas menunjukkan kelebihan, keutamaan dan kemuliaan yang diberikan khusus oleh Allah Subhanahu Wata'ala kepada Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada mana-mana Nabi yang lain. 

Yang Berhormat berkata, firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Ahzab, ayat 56 : "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam); wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". 

Majlis diteruskan dengan laungan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai sebanyak 11 kali yang dibacakan oleh para Pegawai dan Imam Masjid Omar 'Ali Saifuddien; para Pegawai Jabatan Pengajian Islam; para Mahasiswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA); Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB); para Pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Jawatankuasa Takmir Masjid; Belia Masjid; Persatuan-persatuan Muallaf; dan Belia Da'ie. 

Seterusnya, majlis diikuti dengan bacaan Doa Khas yang dipimpin oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan. 

Majlis Selawat Senegara Selawat Tafrijiyyah juga diadakan di beberapa buah masjid tumpuan mengikut daerah masing-masing, seperti di Daerah Brunei dan Muara, bertempat di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; dan Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri. 

Manakala di Daerah Belait pula diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; sementara di Daerah Tutong dan Daerah Temburong pula masing-masing diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong; dan Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

hm_180422.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah / 2022 Masihi, yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke majlis tersebut dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1443H / 2022M serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi yang lain. 

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. 

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1443H / 2022M dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 

Selepas itu, diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Tahun 1443H / 2022M. 

Majlis diteruskan dengan Pengurniaan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan Pemakluman Keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1443H / 2022M, disampaikan oleh Pengarah Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh selaku Pengerusi Jemaah Hakim musabaqah tersebut. 

Bagi Kategori 'A', iaitu Menghafaz Juz 30 serta Pemahamannya bagi yang Berumur 13 Tahun Ke Bawah, iaitu yang lahir pada 2009 dan selepasnya, johan disandang oleh Dayang Amal 'Aziyah binti Muhamad Saiful Ashren dengan memperoleh markah 98.74 peratus. 

Manakala naib johan bagi Kategori 'A' dimiliki oleh Dayang Nur Sofiyyah Solehah binti Mohammad Fikri dengan memperoleh markah 98.49 peratus; dan tempat ketiga pula dirangkul oleh Dayang Nur Hazierah Khalisah binti Haji Umardani dengan memperoleh markah 96.92 peratus. 

Para pemenang bagi Kategori 'A', masing-masing menerima hadiah iringan, sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah BND1,500 untuk johan, manakala naib johan menerima wang tunai berjumlah BND1,000 dan di tempat ketiga menerima wang tunai berjumlah BND750. 

Kategori 'B', iaitu Menghafaz Surah-surah pilihan, iaitu Surah Al-Jumu'ah, Surah Luqman, Surah As-Sajdah, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mulk, Surah Al-Insan, Surah Yaa Siin dan Surah Al-Jinn serta pemahaman Surah Al-Kahfi dan Surah An-Nur bagi yang Berumur 14 Tahun dan Ke Atas, iaitu lahir pada Tahun 2008 Ke Bawah, johan dimiliki oleh Awang Abdul Matin bin Zulnorein dengan memperoleh markah 98.56 peratus. 

Manakala naib johan Kategori 'B' dengan memperoleh markah 98.36 peratus disandang oleh Awang Ahmad Muhammad @ Munir bin Ibrahim, diikuti dengan Awang Mohammad Firdaus bin Mohammad Salleh di tempat ketiga selepas memperoleh markah 98.31 peratus. 

Para pemenang bagi Kategori 'B', masing-masing menerima hadiah iringan, sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah BND2,000 untuk johan, manakala naib johan menerima wang tunai berjumlah BND1,500 dan di tempat ketiga menerima wang tunai berjumlah BND1,200. 

Sementara itu, Kategori 'C', iaitu Menghafaz Surah Al-Baqarah dan Surah Al-'Imran serta Pemahaman Surah Al-An'am dan Surah Al-A'raf yang terbuka kepada semua peringkat umur dimenangi oleh Awang Ahmad Darwish bin Hamdan dengan markah 97.81 peratus dan membawa pulang wang tunai berjumlah BND2,800, hadiah iringan dan sijil penyertaan, diikuti dengan naib johan disandang oleh Awang Muhamad Faiz Najwan bin Muhamad Saleh dengan memperoleh markah 96.82 peratus, sekali gus menerima hadiah wang tunai berjumlah BND2,000, hadiah iringan dan sijil penyertaan. 

Di tempat ketiga bagi Kategori 'C' dengan memperoleh markah 95.45 peratus disandang oleh Dayang Nur Izzy Aziah binti Ahmad dan menerima hadiah wang tunai berjumlah BND1,500, hadiah iringan dan sijil penyertaan. 

Bagi Kategori 'D', Menghafaz 15 Juz Al-Quran, iaitu dari Juz 1 hingga Juz 15 serta Pemahaman Surah Al-Furqan, Surah Asy-Syu'ara dan Surah An-Naml, johan dimiliki oleh Dayang Dalili Bazilah binti Haji Jailani dengan memperoleh markah 97.57 peratus. 

Sementara itu, Awang Ahmad Hamizan @ Ahmad Aliridha binti Haji Laidin muncul naib johan bagi Kategori 'D' dengan memperoleh markah 94.87 peratus, diikuti oleh Dayangku Nurfaiezah binti Pengiran Haji Kamaluddin di tempat ketiga dengan memperoleh markah 94.68 peratus. 

Johan, naib johan dan pemenang di tempat ketiga bagi Kategori 'D', masing-masing menerima hadiah iringan, sijil penyertaan dan hadiah wang tunai berjumlah BND3,500; BND2,500; dan BND2,000. 

Bagi Kategori 'E', iaitu Menghafaz 30 Juz Al-Quran serta Pemahaman Surah Adz-Dzariat, Surah At-Thur, Surah An-Najm, Surah Al-Qamar, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqi'ah dan Surah Al-Hadid, johan bagi kategori ini disandang oleh Dayang Dalili Faiqah binti Nasaruddin dengan memperoleh markah 96.48 peratus. 

Manakala naib johan dengan memperoleh markah 95.91 peratus dimiliki oleh Awang Mohamed Shahmie bin Mohamed Shalahudden, diikuti oleh Awangku Muhammad Abdul Qadir bin Pengiran Haji Ibrahim di tempat ketiga dengan memperoleh markah 94.60 peratus. 

Para pemenang bagi Kategori 'E', masing-masing menerima hadiah iringan, sijil penyertaan dan wang tunai berjumlah BND5,000 untuk johan, manakala naib johan menerima wang tunai berjumlah BND3,500 dan di tempat ketiga menerima wang tunai berjumlah BND2,500. 

Majlis diserikan dengan Persembahan Peserta Terbaik dari setiap kategori Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1443H / 2022M. 

Sejurus itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada para peserta. 

Bagi memohon berkat dan rahmat di majlis yang berkebajikan ini, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan. 

Sebelum berangkat pulang, Kebawah DYMM berserta paduka-paduka anakanda dan adinda baginda berkenan beramah mesra bersama para pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan dan ahli keluarga mereka. 

Tema Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1443H / 2022M ialah 'Bertemankan Al-Qur'an Sepanjang Zaman'.

Majlis tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama; Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; dan Jabatan Hal Ehwal Masjid. 

Dalam sama-sama mengawal dan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini, para jemputan dikehendaki mematuhi garis panduan ketika menghadiri majlis berkenaan dengan mendaftar masuk menggunakan aplikasi BruHealth dan mempunyai kod hijau atau kod kuning serta terlebih dahulu membuat Ujian ART, di Dewan Perpaduan, ICC sebelum dibenarkan untuk masuk ke dewan majlis tersebut. 

Dalam pada itu juga, para jemputan dimestikan memakai sungkup muka; membuat pemeriksaan suhu badan; digalakkan mensanitasi tangan; mengamalkan penjarakan sosial; tidak bersalam-salaman; serta segera bersurai setelah selesai majlis. 

Ruang sembahyang turut disediakan bagi para jemputan atau ahli-ahli jawatankuasa serta para petugas yang hendak menunaikan Solat Fardu Isyak dan Solat Sunat Tarawih Berjemaah dengan membawa tikar sembahyang sendiri, bersaiz besar serta berwuduk di rumah.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_160422.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi, petang tadi. 

Pada Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Setiausaha Agung ASEAN antara lainnya membincangkan mengenai perkembangan pencapaian 'deliverables' di bawah Negara Brunei Darussalam selaku Pengerusi ASEAN pada tahun 2021. 

Turut hadir, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof. 

Majlis mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
1 - 30Next