Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
02.03.22 DPMM berkenan menerima mengadap

dpmm_020322.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap mantan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang akan bersara, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dan Pemerintah ABDB yang baru dilantik, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan berlangsung di Qashr Al-Meezan, hari ini, di sini.

Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah telah menyerahkan tugasnya kepada Pemerintah ABDB yang baharu, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi pada 1 Mac 2022 dalam Upacara Serah Terima Tugas Jawatan Pemerintah ABDB yang telah diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba, Gadong.

Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah merupakan Pemerintah ABDB Ke-11 bermula 1 September 2020 sehingga 1 Mac 2022. Beliau telah berkhidmat dengan ABDB selama 34 tahun.

Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi pula telah dinaikkan pangkat ke jawatan Mejar Jeneral pada 1 Mac 2022. Sebelum pelantikannya sebagai Pemerintah ABDB Ke-12, beliau juga telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) Ke-11 bermula 30 Julai 2020 sehingga 28 Februari 2022; Komandan Akademi Pertahanan ABDB pada tahun 2019 hingga 2020, Komandan Institut Latihan ABDB pada 2018 dan Timbalan Pemerintah TDDB pada tahun 2014 hingga 2017.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments