Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
14.06.22 Berangkat ke Majlis Perpisahan anggota Batalion Kedua RGR

hm_140622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Perpisahan bagi Anggota-anggota Batalion Kedua Royal Gurkha Rifles (RGR), yang berlangsung di Ibu Pejabat Tentera British Brunei (BFB), Seria. 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Pemerintah BFB, Leftenan Kolonel Andrew P. Todd. 

Sejurus keberangkatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima hormat diraja dan memeriksa kawalan kehormatan, yang terdiri daripada anggota-anggota Batalion Kedua RGR di bawah perintah Mejar Ben Norfield. 

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe.

Kebawah DYMM juga berkenan menandatangani lembaran kenangan. 

Baginda seterusnya berkenan mendengar taklimat mengenai aktiviti-aktiviti RGR yang disembahkan oleh Leftenan Kolonel Christopher Trow. 

Di samping itu, baginda juga berkenan beramah mesra bersama para pegawai dan tentera British yang membantu Kementerian Kesihatan, dalam melaksanakan ujian saringan COVID-19 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha; Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong; Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait; dan Pusat Kesihatan Panaga, Seria. 

Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM berkenan berangkat ke Kompleks Sukan BFB bagi menyaksikan pameran dan beramah mesra bersama Anggota Batalion Kedua RGR dan BFB serta mendengar sembah penerangan ringkas mengenai peranan setiap unit yang disembahkan oleh Ketua-ketua Jabatan. 

Baginda kemudian berkenan menyaksikan pameran Pelajar-pelajar Sekolah Hornbill dan beramah mesra bersama para guru dan pelajar sekolah tersebut. 

Sebahagian besar Pelajar Sekolah Hornbill ini, terdiri daripada anak-anak anggota RGR, yang berumur di antara 3 dan 11 tahun. 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah. 

Majlis Perpisahan tersebut adalah bagi seramai kira-kira 650 anggota Batalion Kedua RGR yang akan menamatkan perkhidmatan dan akan digantikan oleh Batalion Pertama, yang berpangkalan di Negara Brunei Darussalam untuk tiga tahun seterusnya. 

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan Negara Brunei Darussalam sekian lama menjalinkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan Perjanjian The Exchange of Letters dalam bidang pertahanan tersebut bertujuan memperkuatkan lagi hubungan pertahanan dengan memupuk kerjasama yang erat di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata British dalam bidang kepentingan bersama, seperti latihan, bantuan operasi dan bencana serta perkongsian kepakaran profesional, termasuk isu keselamatan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments