Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
19.06.22 Kebawah DYMM akan berangkat menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel Ke-26 di Kigali, Republik Rwanda

hm_200622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2022, di Kigali, Republik Rwanda.

CHOGM 2022 akan membawa tema: “Delivering a Common Future: Connecting, Innovating, Transforming” dan akan menjadi landasan untuk menetapkan agenda dan membuat keputusan di kalangan negara-negara anggota Komanwel termasuk Negara Brunei Darussalam mengenai perkara-perkara yang berkepentingan bersama. Pada Mesyuarat kali ini, para pemimpin Komanwel dijangka akan memilih calon bagi jawatan Setiausaha Agung Komanwel; serta membincangkan mengenai tadbir urus dan peraturan perundangan, pembangunan mampan dan inklusif, pemulihan pasca COVID-19, belia, teknologi dan inovasi serta cabaran-cabaran global.

CHOGM Ke-26 – yang telah ditunda selama dua (2) tahun berikutan pandemik COVID-19 – buat julung kali dihoskan oleh Republik Rwanda selepas menjadi negara ahli Komanwel ke-54 dan terbaharu sejak tahun 2009. Kali terakhir para pemimpin CHOGM bersidang pada bulan April 2018 di London, United Kingdom.

Siaran Akhbar: Jabatan Perdana Menteri


Attachments