Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Wawasan, Kewangan dan Kabinet

Wawasan, Kewangan dan Kabinet



Bahagian Wawasan, Kewangan dan Kabinet (WKK)

Bahagian WKK merangkumi Pejabat Wawasan Brunei, Pejabat Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Hal Ehwal Korporat, dan Unit Pengurusan Strategi dan Kabinet.

Selaras dengan peranan dan fokus utama Jabatan Perdana Menteri dalam menerajui ekosistem dasar Kerajaan yang berkesan, Bahagian WKK melalui Pejabat Wawasan Brunei selaku Urusetia kepada Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035, bertanggungjawab dalam memantau pelaksanaan dan penilaian pencapaian Wawasan Brunei 2035. Pejabat Wawasan Brunei juga berperanan selaku Sekretariat kepada Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan Matlamat Pembangunan yang Berdayatahan (Sustainable Development Goals, SDGs) dalam bekerjasama dengan setiap kementerian dan agensi yang berkepentingan di negara ini dalam menyelaras usaha ke arah Negara Brunei Darussalam mencapai sasaran yang telah ditetapkan dalam Agenda Berdayatahan 2030.

Bahagian WKK melalui Pejabat Ekonomi dan Kewangan berperanan antaralainnya dalam mendukung dan menyelaras kerjasama serantau dan antarabangsa dalam isu-isu pembangunan sosio-ekonomi serta permohonan bantuan teknikal. Dalam mendukung usaha memastikan kedayatahanan fiskal Kerajaan, Pejabat Ekonomi dan Kewangan juga berperanan dalam menilai dan memantau pelaksanaan inisiatif di bawah Program Fiscal Consolidation Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya. 

Bahagian WKK melalui Pejabat Hal Ehwal Korporat pula berfungsi dalam memastikan pengurusan dan pentadbiran operasi Jabatan Perdana Menteri (Proper) berjalan dengan cekap dan teratur. Ini termasuk hal ehwal pengurusan tenaga kerja, belanjawan, perolehan dan perkembangan sumber manusia bagi memantap dan meningkatmajukan keupayaan dan kompetensi warga serta kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri. Di samping itu, Pejabat Hal Ehwal Korporat juga memberi perkhidmatan dukungan (kenderaan rasmi) serta pemeliharaan aset dan penyimpanan dokumen penting secara bersistematik. Pejabat Hal Ehwal Korporat juga bertanggungjawab dalam memastikan peruntukan dilaksanakan secara berhemat dan berkeutamaan menurut peraturan. 

Pejabat Hal Ehwal Korporat juga merupakan Urusetia kepada Jawatankuasa Meneliti Sokongan Pengurniaan Bintang Kebesaran dan Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam.

Dalam menyelaraskan usaha-usaha kerajaan secara Whole-of-Government, Bahagian WKK melalui Unit Pengurusan Strategi dan Kabinet merupakan Urusetia kepada Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Tetap dan bertanggungjawab dalam menyelaras hubungan kerjasama dengan Majlis Mesyuarat Negara. Unit Pengurusan Strategi dan Kabinet juga merupakan Sekretariat Jawatankuasa Penilaian Strategi Pelan Strategik Jabatan Perdana Menteri.


Unit Audit Dalaman (UAD)

UAD melapor terus kepada Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet).

UAD melaksanakan kerja-kerja pengauditan ke atas pengurusan kewangan dan aset Jabatan Perdana Menteri (Proper) dalam memastikan kawalan dalaman adalah mencukupi ke atas pengurusan kewangan dan aset serta mencegah dan mengawal sebarang pecah amanah, penyelewengan, penyalahgunaan, pembaziran dan pemborosan. Pengauditan ini akan dapat memastikan kelemahan-kelemahan dalam pengurusan kewangan dan harta benda Kerajaan dikesan lebih awal sebelum menjadi kritikal.