Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews

  
Body
  
  

hm_010722.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Governor-General, Commander-in-Chief of Canada, Puan Yang Terutama The Right Honourable Mary Simon dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J. Trudeau dan kerajaan serta rakyat Kanada bersempena dengan Hari Kanada.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_300622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Ferdinand Romualdez Marcos Jr. berikutan dengan Majlis Mengangkat Sumpah sebagai Presiden Republik Filipina yang Ke-17.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

jpm_300622.jpg

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Yang Ke-39 Tahun bertempat di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM. 

Hadir pada majlis tersebut, Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. 

Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai, diikuti dengan bacaan Doa Kesyukuran, dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Ash-Shaliheen dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Asar berjemaah. 

Majlis Doa Kesyukuran bersempena Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Yang Ke-39 Tahun adalah sebagai tanda merafakkan syukur dan seterusnya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar melimpahkan kurnia kesihatan, panjang umur dan kesejahteraan ke hadapan majlis DYTM dan juga kerabat diraja yang lain. 

Turut hadir, jemputan-jemputan khas; Timbalan-timbalan Menteri; Setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; dan ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Other News
  

pmo_280622.jpg

Minggu Ekonomi yang dirasmikan pada hari ini memfokuskan kepada tajuk-tajuk berkaitan dengan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi iaitu termasuk Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), cara-cara menggalakkan pertumbuhan, pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan mempromosikan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Perasmian Minggu Ekonomi yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini, dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah yang juga menyampaikan ucapan khas.

Hadir sama, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

Minggu Ekonomi adalah salah satu acara Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei MYCE 2022) yang dihoskan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi berlangsung selama lima hari, bermula hari ini sehingga 2 Julai ini dengan membawakan tema 'Ke Arah Ekonomi yang Dinamik dan Berdaya Tahan'.

Simposium tersebut juga menampilkan perbincangan panel yang memfokuskan kepada penilaian dan pengemaskinian semula pendekatan dasar ke arah memastikan pertumbuhan ekonomi.

Beberapa penceramah antarabangsa akan menyampaikan ucaptama sepanjang Minggu Ekonomi iaitu Founder, Co-Chief Investment, Officer and Member of the Bridgewater Board, Bridgewater Associates, LP, Ray Dalio dan Setiausaha Agung ASEAN, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Lim Jock Hoi.

Seterusnya, Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Tan Sri Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria; Pengarah Jabatan Asia Pasifik,Tabung Kewangan Antarabangsa, Krishna Srinivasan dan Ketua Pakar Ekonomi, Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3, Dr. Hoe Ee Khor.

Sementara seminar akan diadakan esok menampilkan perbincangan panel di antara pegawai-pegawai kerajaan dan pakar-pakar industri dalam pelbagai tajuk mengenai ekonomi seperti pemacu pertumbuhan, infrastruktur dan ekosistem yang diperlukan untuk pertumbuhan, memudah cara perdagangan dan masa depan industri di Negara Brunei Darussalam.

Selain itu, Minggu Ekonomi juga akan menyediakan beberapa bengkel yang dapat memberi peluang kepada usahawan-usahawan untuk berinteraksi dengan agensi-agensi mengenai penubuhan perniagaan dan cara-cara untuk memajukan perniagaan.

Pameran sepanjang minggu itu mengetengahkan sektor-sektor utama dan para industri utama termasuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan, Syarikat-syarikat Berkaitan dengan Kerajaan (GLCs) dan syarikat-syarikat FDI.

Pameran jenama dan produk tempatan melalui inisiatif Darussalam Enterprise (DARe) iaitu Bruneian Made akan memberi gambaran mengenai jenama dan produk usahawan tempatan.

Selain itu, DARe juga akan memberi sokongan perniagaan dan khidmat nasihat di sepanjang minggu sekali gus mengongsikan peluang kepada PMKS untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui pelbagai inisiatif dari DARe.

Sementara pada 1 Julai nanti, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) akan menganjurkan musim akhir (Season Finale) bagi SME360 Forum di mana BIBD yang akan menampilkan perbincangan mengenai strategi untuk PMKS dalam menghadapi persekitaran perniagaan dalam era pasca pandemik.

Seterusnya, membincangkan cara-cara PMKS dapat menyumbang kepada mengukuhkan ekonomi Negara Brunei Darussalam dan juga untuk menyediakan platform bagi penceramah dan industri-industri untuk bertemu dan bertukar pandangan.

Minggu Ekonomi ini juga akan menampilkan forum dan persidangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan Universiti Teknologi Brunei pada 2 Julai 2022 iaitu 'Pengupayaan Ekonomi Negara Islam : Sorotan Pengurusan Perbendaharaan Negara Pada Zaman Pemerintahan Khalifah 'Umar bin 'Abdul 'Aziz' dan 'Persidangan Antarabangsa Borneo mengenai Agroteknologi'.

Brunei MYCE 2022 merupakan acara kali kedua anjuran Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan berlangsung selama lima minggu yang mengetengahkan bidang Islamik, Teknologi Digital, Tenaga, Perubahan Iklim dan Ekonomi.

Adapun objektif MYCE ini adalah bagi mempromosi perkongsian pengetahuan, percambahan fikiran, perkongsian penemuan baharu dalam pelbagai bidang seterusnya meningkatkan rangkaian dan aktiviti perniagaan dalam kalangan pakar dan usahawan dari dalam dan luar negara.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Other News
  

pmo_270622.jpg

Seramai 24 peserta yang terdiri daripada sektor kerajaan, swasta dan orang persendirian telah mengikuti Program Latihan Strategic Conflict Management for Professionals : Managing Conflicts and Resolving Disputes Through Mediation with Accreditation 2022, hari ini.

Sehubungan itu, perasmian program tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

Juga hadir pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna At-Taqwa, Tingkat 12, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu; Yang Arif Pemangku Ketua Hakim Mahkamah Besar; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; tetamu-tetamu khas serta penceramah-penceramah dari Singapore Mediation Centre (SMC).

Pengerusi Lembaga Pengarah Brunei Darussalam Arbitration Centre (BDAC), Yang Arif Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni dalam alu-aluannya mengongsikan bahawa para peserta yang mengikuti kursus tentang konflik serta pertikaian dan teknik yang berkesan untuk menyelesaikannya dan kemudiannya akan menduduki penilaian bagi menjadi pengantara yang diiktiraf.

Kursus penyelesaian pertikaian tersebut jelasnya, akan meningkatkan kebolehan peserta-peserta dalam pelbagai situasi bagi penyelesaian pertikaian sama ada di dalam atau di luar organisasi.

Adapun BDAC ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan timbang tara dan pengantaraan untuk memenuhi keperluan pengguna domestik dan antarabangsa.

Kursus ini adalah yang pertama seumpamanya yang dianjurkan oleh BDAC untuk mencapai salah satu inisiatif BDAC dalam meningkatkan dan mengukuhkan panel pengantara agar BDAC akan menjadi tempat pilihan utama untuk menyelesaikan pertikaian.

Latihan bagi program ini akan diadakan selama lima hari iaitu bermula hari ini, 27 Jun 2022 sehingga Jumaat, 1 Julai 2022. Para peserta juga akan membuat penilaian (assessment) pada Sabtu, 2 Julai 2022.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Other News
  

hm_260622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Bersanding bagi Majlis Perkahwinan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris dengan Yang Mulia Dayang Syafiqah Niqmatullah binti Amraan. 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Baitun Na'aim dijunjung oleh bonda dan ayahanda pengantin lelaki, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar. 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Juga berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta kerabat diraja yang lain. 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. 

Pada majlis itu, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudian berkenan menerima junjung ziarah daripada kedua-dua mempelai. 

Pasangan pengantin Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris dengan Yang Mulia Dayang Syafiqah Niqmatullah binti Amraan telah selamat diijabkabulkan pada Jumaat, 24 Jun 2022.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_2506221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat balik meninggalkan Kigali, Republik Rwanda setelah selesai menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sebelum berangkat meninggalkan tempat persemayaman, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kigali bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Minister of Foreign Affairs and International Cooperation, Republic of Rwanda, The Honourable Dr. Vincent Biruta dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_250622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan berangkat ke Sesi Retreat Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26, yang berlangsung di Intare Conference Arena, Kigali, Republik Rwanda. 

Semasa Sesi Retreat ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah, di mana baginda menzahirkan ucapan tahniah ke hadapan majlis Her Majesty Queen Elizabeth II selaku Ketua Komanwel atas Sambutan Jubli Platinum baginda The Queen dan juga atas khidmat bakti terhadap Komanwel selama 70 tahun. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden Paul Kagame selaku Pengerusi CHOGM dan juga kepada Republik Rwanda, dalam menghoskan mesyuarat berkenaan secara bersemuka setelah ditunda selama dua tahun. 

Menyentuh mengenai usaha-usaha pemulihan COVID-19, Kebawah DYMM menekankan kepentingan bagi menjamin pengedaran vaksin-vaksin secara adil dan saksama. Ke arah ini, baginda berterima kasih dan menghargai bantuan Ahli-ahli Komanwel kepada ahli-ahlinya yang lain, termasuk Negara Brunei Darussalam.

Kebawah DYMM seterusnya bertitah menekankan kepentingan penjagaan kesihatan mental dan kesejahteraan rakyat sebagai sebahagian daripada fasa pemulihan pasca COVID-19 dan usaha-usaha ASEAN mengenainya. 

Dalam pada itu, baginda juga menzahirkan ucapan tahniah kepada Bangladesh atas inisiatif negara tersebut berkenaan terhadap kesihatan mental (Roundtable on Mental Health : 'Rethinking Mental Health : A Commonwealth Call to Support, Care and Transform'). 

Pada mengakhiri titah, baginda juga mengalu-alukan United Kingdom untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel, yang akan berlangsung di Birmingham, dari 28 Julai hingga Ogos 2022. 

Para pemimpin Komanwel semasa Sesi Retreat ini, antara lainnya membincangkan mengenai belia, teknologi dan inovasi serta cabaran-cabaran global.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_2406223.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam Her Majesty the Queen's Dinner for Heads of Government and Spouses/Partners yang dihoskan oleh His Royal Highness Prince Charles, the Prince of Wales.

Majlis Santap tersebut berlangsung di Kilimanjaro Ballroom, Kigali Marriott Hotel.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Kilimanjaro Ballroom dijunjung oleh Lord Rosslyn, Master of the Household to the Prince of Wales.

Majlis Santap Malam ini juga diserikan dengan ucapan daripada His Royal Highness the Prince of Wales.

Terdahulu, sebelum Majlis Santap Malam tersebut bermula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengadakan Perjumpaan Empat Mata bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong.

Pertemuan dua pemimpin ini jelas mencerminkan keakraban hubungan istimewa antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang sudah sekian lama terjalin, sekali gus merapatkan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara berkenaan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_2406222.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini berkenan berangkat menghadiri Pembukaan Rasmi Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26; Restricted Executive Session dan Sesi Eksekutif, yang berlangsung di Pusat Persidangan Kigali.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen.

Sejurus keberangkatan tiba di Pusat Persidangan Kigali, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dialu-alukan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame; dan Setiausaha Agung Komanwel, The Right Honourable Patricia Scotland QC.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berangkat ke Plenary Hall bagi acara Pembukaan Rasmi CHOGM bersama para pemimpin Komanwel lainnya dan seterusnya menghadiri Restricted Executive Session bagi membincangkan mengenai pelantikan Setiausaha Agung Komanwel yang baharu.

Kebawah DYMM kemudiannya berangkat menghadiri Sesi Eksekutif CHOGM yang dipengerusikan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame dan turut dihadiri oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_2406221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Resepsi Rasmi dan Santap Negara yang dihoskan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame. 

Majlis tersebut berlangsung di Pusat Persidangan Kigali.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Sejurus keberangkatan tiba di Pusat Persidangan Kigali, Kebawah DYMM dialu-alukan oleh Presiden Republik Rwanda, TYT Paul Kagame, dan Wanita Pertama Republik Rwanda, Puan Yang Terutama Jeanette Kagame. 

Majlis Santap yang diserikan dengan persembahan kebudayaan itu, diadakan bagi meraikan kehadiran para pemimpin Komanwel yang akan menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 pada 24 dan 25 Jun 2022 di Kigali.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_2306221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat bagi mengadakan Kunjungan Muhibah bersama Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame, bertempat di Urugwiro Village (Presidential Office), Kigali. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Semasa majlis perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Rwanda bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama. 

Hubungan diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rwanda dijalinkan pada 9 Disember 2020.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto
His Majesty News
  

hm_230622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berangkat tiba di Kigali, Republik Rwanda bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang akan berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2022

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kigali bagi menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa keberangkatan tiba ialah The Honourable Dr. Vincent Biruta, Minister of Foreign Affairs and International Cooperation, Republic of Rwanda.

Juga hadir sama bagi menjunjung keberangkatan Baginda ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II (Kedua); dan Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (Bersara) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke United Kingdom dan Eire.

Semasa keberangkatan di Kigali, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga dijangka akan menghadiri Majlis Resepsi Rasmi dan Santap Negara yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Paul Kagame, Presiden Republik Rwanda; dan Majlis Santap Malam yang akan dihoskan oleh His Royal Highness Prince Charles, the Prince of Wales.

Negara Brunei Darussalam menjadi ahli Komanwel ke-49 apabila mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984. Sejak itu, Negara ini telah menyertai beberapa mesyuarat-mesyuarat CHOGM yang menyediakan landasan yang berguna untuk membincangkan isu-isu antarabangsa dan mempromosikan hubungan dua hala termasuk perkara-perkara dalam bidang pendidikan, kewangan, kesihatan, undang-undang, wanita dan belia. Selain itu, Negara Brunei Darussalam juga mendapat faedah daripada bantuan dan latihan yang disediakan oleh Komanwel seperti dalam bidang perdagangan, industri dan pembangunan sumber manusia.

Siaran Akhbar: Jabatan Perdana Menteri


His Majesty News
  

hm_200622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) Ke-26 yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Jun 2022, di Kigali, Republik Rwanda.

CHOGM 2022 akan membawa tema: “Delivering a Common Future: Connecting, Innovating, Transforming” dan akan menjadi landasan untuk menetapkan agenda dan membuat keputusan di kalangan negara-negara anggota Komanwel termasuk Negara Brunei Darussalam mengenai perkara-perkara yang berkepentingan bersama. Pada Mesyuarat kali ini, para pemimpin Komanwel dijangka akan memilih calon bagi jawatan Setiausaha Agung Komanwel; serta membincangkan mengenai tadbir urus dan peraturan perundangan, pembangunan mampan dan inklusif, pemulihan pasca COVID-19, belia, teknologi dan inovasi serta cabaran-cabaran global.

CHOGM Ke-26 – yang telah ditunda selama dua (2) tahun berikutan pandemik COVID-19 – buat julung kali dihoskan oleh Republik Rwanda selepas menjadi negara ahli Komanwel ke-54 dan terbaharu sejak tahun 2009. Kali terakhir para pemimpin CHOGM bersidang pada bulan April 2018 di London, United Kingdom.

Siaran Akhbar: Jabatan Perdana Menteri


His Majesty News
  

hm_140622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Perpisahan bagi Anggota-anggota Batalion Kedua Royal Gurkha Rifles (RGR), yang berlangsung di Ibu Pejabat Tentera British Brunei (BFB), Seria. 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Pemerintah BFB, Leftenan Kolonel Andrew P. Todd. 

Sejurus keberangkatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima hormat diraja dan memeriksa kawalan kehormatan, yang terdiri daripada anggota-anggota Batalion Kedua RGR di bawah perintah Mejar Ben Norfield. 

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama John Virgoe.

Kebawah DYMM juga berkenan menandatangani lembaran kenangan. 

Baginda seterusnya berkenan mendengar taklimat mengenai aktiviti-aktiviti RGR yang disembahkan oleh Leftenan Kolonel Christopher Trow. 

Di samping itu, baginda juga berkenan beramah mesra bersama para pegawai dan tentera British yang membantu Kementerian Kesihatan, dalam melaksanakan ujian saringan COVID-19 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha; Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong; Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait; dan Pusat Kesihatan Panaga, Seria. 

Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM berkenan berangkat ke Kompleks Sukan BFB bagi menyaksikan pameran dan beramah mesra bersama Anggota Batalion Kedua RGR dan BFB serta mendengar sembah penerangan ringkas mengenai peranan setiap unit yang disembahkan oleh Ketua-ketua Jabatan. 

Baginda kemudian berkenan menyaksikan pameran Pelajar-pelajar Sekolah Hornbill dan beramah mesra bersama para guru dan pelajar sekolah tersebut. 

Sebahagian besar Pelajar Sekolah Hornbill ini, terdiri daripada anak-anak anggota RGR, yang berumur di antara 3 dan 11 tahun. 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah. 

Majlis Perpisahan tersebut adalah bagi seramai kira-kira 650 anggota Batalion Kedua RGR yang akan menamatkan perkhidmatan dan akan digantikan oleh Batalion Pertama, yang berpangkalan di Negara Brunei Darussalam untuk tiga tahun seterusnya. 

United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan Negara Brunei Darussalam sekian lama menjalinkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan Perjanjian The Exchange of Letters dalam bidang pertahanan tersebut bertujuan memperkuatkan lagi hubungan pertahanan dengan memupuk kerjasama yang erat di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Angkatan Bersenjata British dalam bidang kepentingan bersama, seperti latihan, bantuan operasi dan bencana serta perkongsian kepakaran profesional, termasuk isu keselamatan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

hm_130622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah bakal-bakal jemaah haji negara. 

Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. 

Pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah seramai 431 bakal jemaah haji, iaitu terdiri daripada 199 bakal jemaah haji lelaki dan 232 bakal jemaah haji perempuan. 

Jumlah tersebut adalah tidak termasuk Pegawai Perubatan Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam dan Pegawai Pengiring Syarikat-syarikat Pengendali Perkhidmatan Pakej Haji, iaitu seramai 38 orang. 

Sebelum Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah, para bakal jemaah haji negara menikmati jamuan tengah hari, seterusnya menunaikan Solat Fardu Zuhur dan Solat Hajat Berjemaah. 

Atas keprihatinan Kebawah DYMM terhadap kebajikan bakal-bakal jemaah haji negara, baginda berkenan mengurniakan sepasang pakaian ihram bagi lelaki, manakala sepasang telekung bagi wanita. 

Rombongan bakal jemaah haji dijangka meninggalkan negara pada 15 Jun 2022, jam 11.00 pagi, iaitu bagi penerbangan pertama, manakala penerbangan kedua pula akan bertolak pada 16 Jun 2022, jam 10.00 pagi. 

Pada musim haji tahun ini, hanya tiga buah syarikat pengendali perkhidmatan pakej haji yang terlibat dalam menguruskan bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam, iaitu Darussalam Holdings Sdn. Bhd.; Straits Central Agencies (B) Sdn. Bhd.; dan Al-Hijrah Travel and Tours Sdn. Bhd. 

Kesemua bakal jemaah haji negara juga diberikan kursus daripada syarikat-syarikat operator haji dengan kerjasama guru ugama yang bertugas di Maktab Urusan Haji Pentadbiran Negara Brunei Darussalam secara berterusan untuk membimbing mereka sebelum bertolak ke Tanah Suci agar bakal jemaah haji dapat melaksanakan ibadat rukun Islam kelima itu dengan sempurna dan betul.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

dpmm_130622.jpg


Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama U Htin Lynn, yang akan menamatkan perkhidmatan. 

Tuan Yang Terutama menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 7 Julai 2018. 

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Senior Minister News
  

hm_1206221.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Filipina, Tuan Yang Terutama Rodrigo Roa Duterte, kerajaan dan rakyat Republik Filipina, sempena dengan Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Republik Filipina Yang Ke-124.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_120622.jpg

​Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Persekutuan Russia, Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, kerajaan dan rakyat Persekutuan Russia bersempena dengan Russia Day.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_110622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Masyarakat Islam, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad. 

Tuan Yang Terutama mengadakan Lawatan Kerja ke negara ini selama tiga hari. 

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Darussalam dan TYT Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Masyarakat Islam, Republik Singapura berbincang mengenai pengukuhan kerjasama dua hala di antara kedua-dua buah negara dalam bidang pembangunan ekonomi, sukan dan pendidikan. 

Menyertai bersama TYT di Majlis Mengadap tersebut adalah Kuasausaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Singapura di Negara Brunei Darussalam, Shaun Philip Grosse; dan Ketua Eksekutif, Majlis Ugama Islam Singapura, Kadir Maideen. 

Juga hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad. 

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

dpmm_110622.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima mengadap Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Masyarakat Islam, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad. 

Tuan Yang Terutama mengadakan Lawatan Kerja ke negara ini selama tiga hari. 

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Duli Yang Teramat Mulia dan TYT Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Masyarakat Islam, Republik Singapura bertukar-tukar pandangan mengenai usaha-usaha pemulihan pasca COVID-19 serta kesan-kesan pandemik terhadap pembangunan sosial. 

DYTM dan TYT juga berbincang mengenai inisiatif-inisiatif untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara. 

Menyertai bersama TYT di Majlis Mengadap tersebut adalah Kuasausaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Singapura di Negara Brunei Darussalam, Shaun Philip Grosse dan Ketua Eksekutif, Majlis Ugama Islam Singapura, Kadir Maideen. 

Juga hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad. 

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Senior Minister News
  

hm_0906221.jpg

Majlis Mengangkat Sumpah Kabinet Baharu Negara Brunei Darussalam bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab negara untuk tempoh empat tahun berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman. 

Majlis dilangsungkan di hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 

Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri  Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. 

Surat Perintah Lantikan dibacakan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar. 

Mula-mula mengangkat sumpah ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah  sebagai Menteri Kanan di JPM. 

Disusuli oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim sebagai Penasihat Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri di JPM. 

Seterusnya mengangkat sumpah, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai Menteri di JPM; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar sebagai Menteri Kesihatan; Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah sebagai Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua; Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua; Yang Berhormat Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin sebagai Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan; Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid sebagai Menteri Pembangunan; Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh sebagai Menteri Pendidikan; Yang Berhormat Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi; dan Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Kemudian diteruskan dengan mengangkat sumpah bagi seramai tujuh orang Timbalan Menteri yang didahului oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw sebagai Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di JPM; Yang Mulia Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos sebagai Timbalan Menteri di JPM; Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu sebagai Timbalan Menteri di JPM; Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Awang Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir sebagai Timbalan Menteri Pertahanan; Yang Mulia Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi; Yang Mulia Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi; dan Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama. 

Juga hadir, Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; dan Peguam Negara, Yang Berhormat Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa. 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_090622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Preach Bat Samdech Preah Boromneath Norodom Sihamoni, Raja Kemboja dan Perdana Menteri Kemboja, Tuan Yang Terutama Samdech Akka Moha Sena Padei Techo Hun Sen bersempena dengan Ulang Tahun Ke-30 Penubuhan Hubungan Diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan Kemboja.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  



Other News
  

hm_070622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengisytiharkan Pelantikan dan Pertukaran beberapa Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri, di Istana Nurul Iman. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merujuk titah baginda semasa Rombakan dan Pelantikan Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri yang baharu, pada Selasa, 13 Jamadilawal 1439 bersamaan 30 Januari 2018. Pada masa pelantikan-pelantikan berkenaan telah berkuat kuasa, mulai Selasa, 30 Januari 2018, bagi tempoh selama lima tahun. 

Baginda bertitah, tiba masanya untuk menukar dan melantik beberapa Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri yang baharu, termasuk mengekalkan beberapa Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri, iaitu untuk mengukuhkan lagi jentera pentadbiran kerajaan, dalam meningkatkan keberkesanan fungsi kementerian yang berkenaan. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam titah mengisytiharkan Pelantikan dan Pertukaran Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri yang baharu seperti berikut : 

Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menggantikan Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. 

Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abd. Rahman sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menggantikan Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. 

Dato Seri Paduka Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin sebagai Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan untuk menggantikan Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong. 

Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abd. Rashid sebagai Menteri Pembangunan untuk menggantikan Dato Seri Setia Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar. 

Datin Seri Paduka Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh sebagai Menteri Pendidikan untuk menggantikan Dato Seri Setia Awang Haji Hamzah bin Haji Sulaiman. 

Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi untuk menggantikan Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof. 

Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk menggantikan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. 

Pengiran Dato Seri Setia Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama untuk menggantikan Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. 

Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Dato Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir sebagai Timbalan Menteri Pertahanan. 

Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi. 

Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi. 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut bertitah, bahawa baginda masih menyandang sebagai Perdana Menteri; Menteri Pertahanan; Menteri Kewangan dan Ekonomi; dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah masih dikekalkan sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. 

Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana Manteri Dato Laila Utama Haji Awang Ibrahim masih dikekalkan sebagai Penasihat Khas Kebawah DYMM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman masih dikekalkan sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama. 

Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Md. Isham bin Haji Jaafar masih dikekalkan sebagai Menteri Kesihatan. 

Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah masih dikekalkan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II. 

Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof masih dikekalkan sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II. 

Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw masih dikekalkan sebagai Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri. 

Titah baginda, bagi jawatan Timbalan Menteri Pembangunan adalah dengan ini belum lagi diperlukan. 

Pelantikan dan pertukaran ini adalah berkuat kuasa pada hari ini, Selasa, 7 Jun 2022, bagi tempoh selama empat tahun.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

dm_070622.jpg

Seramai 748 Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-jabatan di bawahnya menerima Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam dalam satu majlis, yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan JPM. 

Hadir menyempurnakan Penyampaian Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan tersebut, Mantan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. 

Seramai 388 Pegawai dan Kakitangan JPM dan Jabatan-jabatan di bawahnya menerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.), manakala 360 orang menerima Pingat Kerja Lama (P.K.L.), pada Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Pegawai serta Kakitangan JPM dan Jabatan-jabatan di bawahnya. 

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Peguam Negara; Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie; Setiausaha-setiausaha Tetap; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; dan para jemputan khas. 

Majlis antara lain bertujuan untuk memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan pengiktirafan bagi warga JPM atas jasa bakti mereka kepada raja, kerajaan serta dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. 

Di samping mempunyai rekod perkhidmatan yang baik, pengiktirafan ini juga dapat meningkatkan motivasi para penerima untuk terus mencurahkan bakti kepada kerajaan dan negara. 

Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan, Awang Hasanul Hidayat bin Haji Abu Bakar yang merupakan salah seorang penerima pingat P.I.K.B. dalam temu bualnya bersama media melahirkan rasa junjung kasih ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan atas pengurniaan pingat tersebut. 

Dengan adanya pengiktirafan ini, tambahnya, akan dapat memantapkan lagi motivasi diri dan semangat untuk terus mencurahkan bakti dalam Perkhidmatan Awam. 

Manakala bagi salah sorang penerima pingat P.K.L., Penyemak di Jabatan Penerangan, Dayang Ramlah binti Md. Noor juga turut melahirkan rasa sukacita dan junjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas pengiktirafan tersebut. 

Beliau yang sudah berkhidmat lebih daripada 25 tahun di dalam Perkhidmatan Awam percaya setiap warga Perkhidmatan Awam perlu ada rasa percaya diri, bekerja dengan jujur, amanah dan ikhlas, dalam melaksanakan tanggungjawab di dalam setiap tugas yang diamanahkan. 

"Sebagai warga Perkhidmatan Awam kita perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dengan baik dan perlu benar-benar memahami apa yang terkandung di dalam Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam untuk diserapkan dan dipraktikkan di dalam diri kita sendiri dan di tempat kerja," jelas beliau.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Other News
  

dpmm_020622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Balai Singgahsana Indera Kenchana, Istana Nurul Iman. 

Berangkat mengurniakan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri. 

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. 

Seramai 95 penerima terdiri daripada 81 orang lelaki dan 14 orang perempuan dikurniakan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) yang terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), swasta terdiri daripada atlet pasukan Polo Negara, atlet Sukan Wushu dan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam. 

Antara yang dikurniakan pingat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-Gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Pengurus dan Ketua Pasukan Polo Negara; dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, atlet pasukan polo negara bagi Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia Tenggara (SEA) kali ke-30 pada tahun 2019. 

Sementara itu, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Jurulateh Adat Istiadat Diraja Dato Paduka Haji Awang Mashhor bin Haji Awang Metahir dikurniakan Pingat Bakti Laila Ikhlas (P.B.L.I) dan seramai 204 lagi menerima Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B) yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perdana Menteri. 

Bagi memberkati Majlis Istiadat Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam tersebut, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. 

Turut hadir, Menteri-menteri Kabinet; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat; Timbalan-timbalan Menteri; Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi; Duta-duta Besar; Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan ketua-ketua jabatan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Senior Minister News
  

hm_020622.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II, Queen of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan Perdana Menteri United Kingdom, Tuan Yang Terutama The Rt. Hon. Boris Johnson MP, ahli-ahli kerabat diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom bersempena dengan Ulang Tahun Jubli Platinum dan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Queen Elizabeth II.


Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

His Majesty News
  

hm_310522.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Raksasa Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61 yang berlangsung di Pangkalan Muara, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). 

Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah paduka-paduka anakanda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (Udara) Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Padang Kawad TLDB dijunjung oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, berserta Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama. 

Sejurus ketibaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung beredar ke Padang Kawad TLDB bagi menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa barisan Pasukan-pasukan Perbarisan Raksasa seramai 1,049 orang anggota ABDB yang terdiri daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), TLDB, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Rejimen Pasukan Khas (RPK), Gabungan Askar Wanita (GAW) dan Pancaragam ABDB di bawah Pemerintah Perbarisan, Komander Mohammad Azrin bin Haji Mahmud, TLDB. 

Upacara tersebut kemudian disusuli dengan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh pasukan-pasukan perbarisan dengan Panji-panji Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Panji-panji Pasukan ABDB dan diikuti dengan perbarisan mara ke hadapan untuk diperhatikan semula. 

Baginda juga berkenan mengurniakan Titah Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-61 yang diikuti dengan tiga kali laungan 'Daulat Kebawah Duli Tuan Patik' yang disembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM bagi menyemarakkan lagi sambutan sekali gus gagasan semangat seluruh warga ABDB. 

Bagi memberkati upacara tersebut, bacaan Doa Selamat  dibacakan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim, TLDB. 

Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahkan dengan Tabik Hormat Diraja yang diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB dan 'sail pass' TLDB yang merangkumi tiga buah kapal, iaitu KDB DARULEHSAN, KDB AFIAT dan KDB SERASA. 

Sejurus terbang lalu dan 'sail pass', Kebawah DYMM dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota serta kerabat diraja berangkat ke Pusat Latihan Tentera Laut (PLTL) bagi menyaksikan pameran statik daripada unit-unit ABDB dengan menggunakan kenderaan khas TDDB, Light Tactical All-Terrain Vehicle (LTATV).

Kebawah DYMM bersama paduka-paduka ankanda baginda seterusnya berkenan berangkat menyaksikan pameran-pameran statik yang disembahkan oleh TDDB dan TLDB. 

Kemudian, baginda juga berkenan berangkat ke pentauliahan Pusat Simulasi Kastila bagi Full Mission Bridge Simulator (FMBS) TLDB dan menyaksikan pameran statik Diplomasi Pertahanan dari Jabatanarah Perisikan, Kementerian Pertahanan. 

Selepas itu, baginda dijunjung berangkat bagi junjung ziarah bersama para penerima Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB dan Biasiswa ABDB yang sedang berada di Negara Brunei Darussalam. 

Kebawah DYMM dan paduka-paduka ankanda kemudiannya berangkat ke Dewan Nakhoda bagi Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Rendah ABDB dan diikuti dengan beramah mesra bersama pegawai dan anggota yang telah menamatkan Misi International Monitoring Team (IMT), Independent Decommissioning Body Verification and Monitoring Assistance Team (IDB VMAT) dan Misi Pengaman United Nations Interim Forces in Lebanon (UNIFIL) bagi Malaysian Battalion (MALBATT). 

Baginda dan paduka-paduka ankanda juga berkenan berangkat bagi menyaksikan pameran statik dari TUDB serta pelancaran Skuadron No.39 Unmanned Aerial System (UAS), TUDB. 

Setelah itu, baginda berangkat ke Mes Pegawai Waran, Bintara Kanan dan Bintara, TLDB bagi Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah (PTB) Kanan ABDB. 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, baginda dan paduka-paduka ankanda dijunjung berangkat ke Mes Pegawai TLDB bagi Upacara Memotong Kek sempena Sambutan HUT ABDB Ke-61, yang diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pemangku Pengarah JAMA'AT, sebelum berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari. 

Tema Sambutan HUT ABDB tahun ini 'Bersama Menjayakan Wawasan Negara' merupakan penghayatan ABDB sebagai sebuah organisasi yang maju dan bersatu padu setia kepada raja dan negara; mengamalkan pelbagai nilai mulia bagi bersama-sama menjayakan ke arah pencapaian wawasan negara. 

Tema ini selaras dengan tugas dan tanggungjawab ABDB, sebagai sebuah institusi keselamatan dan keamanan negara yang semakin 'multi-functional' sepertimana juga yang telah terbukti daripada krisis pandemik COVID-19. 

ABDB akan terus memberikan tumpuan kepada pendekatan Whole of Government serta Whole of Nation Approach agar dapat sama-sama menyumbang dan memastikan kestabilan, keamanan dan kesejahteraan negara akan terus berkekalan dinikmati dan disyukuri. 

Dalam merealisasikan aspirasi ini, ABDB akan terus memperkembangkan serta mempertingkatkan kapasiti dan kemampuan warganya, melalui peningkatan kemahiran profesionalisme yang lebih berkualiti dan sekali gus memartabatkan kewibawaan ABDB sebagai sebuah angkatan tentera yang dihormati dan rakan kerja yang mantap, untuk sebuah negara yang selamat. 

ABDB akan terus mempersiapkan diri daripada semua aspek pertahanan lebih-lebih lagi dalam mempertingkatkan hubungan diplomasi pertahanan walaupun berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan seluruh aspek kehidupan dan mendorong kitani mengadaptasi 'norma baharu' agar ia sentiasa relevan seiring dengan wawasan negara. 

ABDB mula ditubuhkan pada 31 Mei 1961 yang sebelumnya dinamakan sebagai 'Askar Melayu Brunei', namun setelah diberi penghormatan dengan diberikan gelaran 'Diraja' pada 31 Mei 1965, maka sejak itu ia dikenali sebagai 'Askar Melayu Diraja Brunei (AMDB)'. Namun semenjak Hari Kemerdekaan negara pada 1 Januari 1984, AMDB diubah namanya menjadi ABDB.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


His Majesty News
  

dpmm_300522.jpg

Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) tahun ini meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-61 tahun dan sambutannya kali ini dimulakan dengan Majlis Doa Kesyukuran HUT ABDB yang berlangsung di Surau Ad-Difa', Bolkiah Garison, lewat petang tadi. 

Berangkat menyemarakkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM). 

Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. 

Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Imran, ayat 123 hingga 126 yang dibacakan oleh Soldadu Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin dari Battalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei yang merupakan Johan Qari Musabaqah Tilawah Al-Quran sempena Sambutan HUT ABDB Ke-61. 

Sejurus azan berkumandang, Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah seterusnya diimamkan oleh Mejar Ariffin bin Amit @ Hamit dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT) yang juga mengepalai Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil, Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah. 

Adapun inti pati Doa Kesyukuran antaranya, memohon agar dikurniakan khususnya warga Kementerian Pertahanan dan ABDB kekuatan iman, kekuatan mental, kekuatan fizikal, semangat berani menghadapi musuh, agama dan musuh negara. 

"Ya Allah kami bermohon semoga usia ABDB yang menjangkau ke-61 tahun ini memberikan kematangan pemikiran dan pentadbiran yang berlandaskan ajaran Islam. 

"Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah amalan kami dalam menjalankan tugas sebagai anggota ABDB sebagai amalan yang baik dan mulia serta jadikanlah kami hamba-hamba Tuhan kami yang sentiasa taat dan patuh menjunjung perintah Tuhan kami dan menjauhi segala larangan Tuhan kami dan jadikanlah kami sekalian tergolong daripada hamba-hamba Tuhan kami yang solehin dan solehah," antara doa yang dirafakkan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. 

Majlis malam tadi diakhiri dengan Majlis Santap Malam bertempat di Mes Pegawai, Bolkiah Garison. 

Majlis Doa Kesyukuran ini juga diadakan serentak di semua masjid dan Surau ABDB termasuk masjid di Pulau Baru-Baru bagi memohon keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala agar sentiasa dikurniakan kejayaan dalam mempertahankan kedaulatan negara, integriti wilayah dan menegakkan perlembagaan dan falsafah Melayu Islam Beraja. 

Adapun kemuncak Sambutan HUT ABDB Ke-61 pada tahun ini berlangsung pada Selasa, 31 Mei 2022 bertempat di Pangkalan Tentera Laut Muara dengan temanya 'Bersama Menjayakan Wawasan Negara'. 

Juga hadir pada majlis Doa Kesyukuran tersebut, Pemangku Setiausaha Tetap; Pemerintah-pemerintah Tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama; Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap; Pengarah-pengarah; Komandan-komandan; para pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB; serta para jemputan khas termasuk mantan-mantan Timbalan Menteri Pertahanan dan mantan-mantan Pemerintah ABDB.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto

Senior Minister News
1 - 30Next