
YANG MULIA DATO PADUKA AWANG HAJI MOHD ZALANI BIN HAJI ISMAIL
SETIAUSAHA TETAP DI JABATAN PERDANA MENTERI
Dato Paduka Haji Mohd Zalani telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri pada 1 Julai 2026 dan merangkap Pengarah Biro Kawalan Narkotik (sejak 25 Julai 2020).
Sebelum pelantikan tersebut, beliau telah memulakan karier sebagai Pegawai Staf pada 01 Ogos 1993 di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Selama di Jabatan tersebut beliau di naikkan pangkat dengan memegang beberapa jawatan antaranya Pegawai Penyelidik Kanan dan Penolong Pengarah Penyelidikan pada tahun 2006. Beliau kemudiannya di naikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah pada tahun 2009 sebelum di aturkan menjawat jawatan Pengarah di Biro Kawalan Narkotik (25 Julai 2020 sehingga sekarang).
Latar belakang akademik beliau menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Public Policy & Administration daripada Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1992. Pada tahun 1998, beliau telah memperolehi Master of Criminology dari Universiti Bond Australia.
