YANG MULIA PENGIRAN HAJAH ADIMASYATON BINTI PENGIRAN OMAR ALI

SETIAUSAHA TETAP
(TENAGA, HULUAN dan HILIRAN)

Pg Hjh Adimasyaton binti Pg Hj Omar Ali merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari University of Teesside, United Kingdom. Beliau memulakan kerjaya di Brunei LNG Sendirian Berhad (BLNG) sebagai Graduate Technologist pada tahun 1995. Beliau mempunyai pengalaman melebihi 30 tahun dalam industri tenaga, terutamanya dalam sektor pemprosesan gas dan hiliran, termasuk penempatan selama tiga tahun di Shell Global Solutions International (SGSI), Malaysia, serta penempatan selama tiga tahun ke Kementerian Tenaga dan Perindustrian. Beliau juga telah berkhidmat selama lebih enam tahun di Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam.

Semasa berkhidmat di Brunei LNG dan Brunei Shell Refinery (BSR), Pg Hjh telah memegang beberapa jawatan kanan dalam bidang perkhidmatan teknikal, perancangan strategik dan pembangunan projek. Pada tahun 2017, beliau menjalani penempatan di Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri dan menerajui Unit Energy Downstream Business. Pada awal tahun 2020, Pg Hjh mula berkhidmat di Autoriti Petroleum Negara Brunei Darussalam yang baru ditubuhkan dan kemudiannya menjawat jawatan sebagai Pengarah Hiliran. Pada tahun 2023, beliau turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah bagi Syarikat BSJV dan BGC Sdn Bhd.

Dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Tenaga, Huluan dan Hiliran) di Jabatan Perdana Menteri pada 4 Ogos 2026.