
YANG MULIA DAYANG NOOR DINA ZHARINA BINTI HAJI YAHYA
PEMANGKU TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP
(HULUAN dan HILIRAN)
Dayang Noor Dina Zharina binti Haji Yahya memangku jawatan Timbalan Setiausaha Tetap (Huluan dan Hiliran) di Jabatan Perdana Menteri sejak Ogos 2026. Dalam kapasiti berkenaan, beliau menyokong pembangunan strategik sektor tenaga huluan dan hiliran Negara Brunei Darussalam, di samping memajukan pertumbuhan rendah karbon serta peluang-peluang yang berkaitan bagi memperkukuh kemampanan, daya tahan dan daya saing sektor tenaga dalam jangka panjang.
Sebelum memegang jawatan ini, beliau telah berkhidmat selama 4 tahun sebagai Pemangku Pengarah Dasar dan Strategi Tenaga di Jabatan Tenaga, Huluan dan Hiliran di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum itu, beliau merupakan Ketua Sekretariat Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam serta pernah menjalankan pelbagai peranan dalam bidang hal ehwal antarabangsa dan tenaga lestari sejak menyertai perkhidmatan awam pada tahun 2007.
Beliau telah mengikuti Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai Kanan Kerajaan dibawah Kementerian Pertahanan dan juga pernah menjadi Fulbright Visiting Scholar di Massachusetts Institute of Technology, dengan tumpuan kepada dasar pertumbuhan dan pembangunan rendah karbon.
Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam Pembangunan Mampan dari Murdoch University dan Ijazah Sarjana Sains dalam Dasar Tenaga dari University of Exeter.
