
YANG MULIA DAYANG HAJAH NOR ASHIKIN BINTI HAJI JOHARI
SETIAUSAHA TETAP
WAWASAN
Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Wawasan) pada 1 Julai 2026.
Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, di mana beliau menerajui pelbagai usaha berkaitan pembangunan belia, pemerkasaan masyarakat, kebudayaan dan sukan, dan sebelum itu sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, menerajui usaha perdagangan antarabangsa. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama di Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Perkembangan Perdagangan.
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian (LLB (Hons)) daripada Southampton Institute, United Kingdom, yang kini dikenali sebagai Solent University.
