Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik, Sultan Oman, serta rombongan yang berada di Negara Brunei Darussalam bagi Keberangkatan Negara selama tiga (3) hari mulai 2 hingga 4 November 2026. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman.

Terdahulu, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Wakil Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, berangkat bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman dari The Empire Brunei menuju ke Istana Nurul Iman.

Berangkat sama ke The Empire Brunei bagi menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, selaku Kerabat Pengiring.

Di sepanjang jalan menuju ke Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman disambut dengan pengibaran bendera kecil kedua-dua buah negara oleh para penuntut dan guru-guru daripada beberapa buah sekolah kerajaan dan swasta.

MAJLIS SAMBUTAN KENEGARAAN

Majlis Sambutan Kenegaraan berlangsung di perkarangan Istana Nurul Iman, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman menaiki Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat diiringi dengan Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara serta dua puluh satu (21) das tembakan meriam. Kedua-dua pemimpin seterusnya beredar memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis diteruskan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman disembahkenalkan kepada ahli-ahli Kerabat Diraja; Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-Menteri Kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; Timbalan-Timbalan Menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; Ketua-Ketua Perwakilan Asing; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; dan Setiausaha-Setiausaha Tetap daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudiannya disembahkenalkan kepada ahli-ahli rombongan rasmi Kesultanan Oman.

MAJLIS MENGADAP

Selesai Majlis Sambutan Kenegaraan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman ke Cheradi Laila Kenchana bagi Majlis Mengadap.

Berangkat sama ke Majlis Mengadap tersebut ialah ahli-ahli Kerabat Diraja. Turut berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman ialah His Highness Sayyid Shihab bin Tarik Al Said, Deputy Prime Minister for Defence Affairs.

Turut hadir ialah rombongan rasmi Kesultanan Oman dan Yang Berhormat Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II selaku Menteri Pengiring.

MAJLIS PENGURNIAAN DAN PERTUKARAN DARJAH KEBESARAN

Majlis Mengadap tersebut diikuti dengan Majlis Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam ‘Darjah Kerabat Mahkota Brunei’ (D.K.M.B) yang dipersembahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman juga berkenan mempersembahkan Bintang Kebesaran ‘Order of Al-Said’ kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

MAJLIS MESYUARAT DUA HALA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengadakan Majlis Mesyuarat Dua Hala bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman di Baitul Mesyuarah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah mengalu-alukan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik serta rombongan yang mana Keberangkatan Negara yang bersejarah ini, menandakan keberangkatan pertama oleh seorang Sultan dari Kesultanan Oman, dan menyentuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara sekian lama terjalin melebihi empat dekad. Kebawah Duli Yang Maha Mulia turut menzahirkan penghargaan atas sumbangan peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman dalam mengukuhkan persahabatan erat antara kedua-dua negara, termasuk melalui Mesyuarat Perundingan Dua Hala, yang memudah cara kerjasama praktikal serta penubuhan Oman-Brunei Investment Company (OBIC).

Baginda menyambut baik peningkatan hubungan dua hala kepada Strategic Partnership, serta kemajuan berterusan dalam hubungan ASEAN-GCC, dan menegaskan komitmen Negara Brunei Darussalam untuk bekerjasama rapat dengan Kesultanan Oman dan rakan-rakan GCC yang lain dalam bidang-bidang kepentingan bersama, seperti perdagangan, perubahan iklim, dan inovasi digital.

Baginda menekankan pentingnya memelihara kebebasan pelayaran melalui Selat Hormuz selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982, sambil menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan di Timur Tengah serta kesannya kepada orang awam dan infrastruktur. Baginda memuji usaha pengantaraan Kesultanan Oman di bawah kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman, serta memperakui kepentingan dialog dan diplomasi yang berterusan dalam menangani ketegangan serantau demi memupuk keamanan dan kestabilan.

Baginda bertitah bahawa isu Palestin kekal sebagai teras utama dalam mencapai keamanan yang berkekalan di Timur Tengah dan mengesahkan sokongan Negara Brunei Darussalam terhadap rakyat Palestin dan penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka melalui two-state solution, berdasarkan sempadan sebelum tahun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.

Kedua-dua pemimpin juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

MAJLIS PENANDATANGANAN PERJANJIAN DAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman seterusnya berkenan menyaksikan Majlis Penandatanganan Deklarasi Bersama dan juga lima (5) Perjanjian dan Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan Kesultanan Oman.

1. Joint Declaration on the Elevation of Ties to a Strategic Partnership between Brunei Darussalam and the Sultanate of Oman

Menandatangani ‘Joint Declaration on the Elevation of Ties to a Strategic Partnership between Brunei Darussalam and the Sultanate of Oman’ tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Albusaidi, Foreign Minister.

2. Agreement between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Sultanate of Oman on Mutual Visa Exemption for Holders of Diplomatic, Official, Special and Service Passports

Menandatangani ‘Agreement between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Sultanate of Oman on Mutual Visa Exemption for Holders of Diplomatic, Official, Special and Service Passports’ tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Albusaidi, Foreign Minister.

3. Memorandum of Understanding between the Ministry of Home Affairs of Brunei Darussalam and the Ministry of Labour of the Sultanate of Oman in the Fields of Labour and Human Resources Development

Menandatangani ‘Memorandum of Understanding between the Ministry of Home Affairs of Brunei Darussalam and the Ministry of Labour of the Sultanate of Oman in the Fields of Labour and Human Resources Development’ tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Albusaidi, Foreign Minister.

4. Memorandum of Understanding between the Ministry of Health of Brunei Darussalam and the Ministry of Health of the Sultanate of Oman in the Field of Health Cooperation

Menandatangani ‘Memorandum of Understanding between the Ministry of Health of Brunei Darussalam and the Ministry of Health of the Sultanate of Oman in the Field of Health Cooperation’ tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar, Menteri Kesihatan, manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah Tuan Yang Terutama Sayyid Badr bin Hamad bin Hamood Albusaidi, Foreign Minister.

5. Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Sultanate of Oman on Cooperation in the Fields of Agriculture and Fisheries

Menandatangani ‘Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Sultanate of Oman on Cooperation in the Fields of Agriculture and Fisheries’ tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Ekonomi dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah Tuan Yang Terutama Anwar bin Hilal bin Hamdoon Al Jabri, Minister of Commerce, Industry and Investment Promotion of Oman.

6. Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Sultanate of Oman in the Fields of Economy and Strategic Planning

Menandatangani ‘Memorandum of Understanding between the Government of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Government of the Sultanate of Oman in the Fields of Economy and Strategic Planning’ tersebut bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Ekonomi dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, manakala bagi pihak Kerajaan Kesultanan Oman ialah Tuan Yang Terutama Anwar bin Hilal bin Hamdoon Al Jabri, Minister of Commerce, Industry and Investment Promotion of Oman.

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto