Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi tadi berkenan menerima mengadap Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu. Majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu tersebut ialah Tuan Yang Terutama Dato Seri Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Rakyat China, dan Tuan Yang Terutama Sheikh Abdul Mahdani bin Dato Paduka Sheikh Abdul Gani, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Peranchis; Tuan Yang Terutama Chen Shaochun, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam; Puan Yang Terutama Do Thuy Duong, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam; Tuan Yang Terutama Soe Thet Naung, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Kesatuan Myanmar ke Negara Brunei Darussalam; dan Puan Yang Terutama Melanie Barlow, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam.

Pada 19 Oktober 2026, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketuaketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baharu dan juga menerima Suratsurat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing yang baharu ke Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam).

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto