Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap tetamu-tetamu peribadi dari negara-negara sahabat yang berada di negara ini bagi menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-80, Tahun 2026.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri juga berkenan menerima mengadap beberapa pakar perubatan antarabangsa, iaitu; Pakar Otorhinolaryngology/ENT, Republik Singapura, Dato Seri Laila Jasa Dr. Dharambir Singh Sethi, bersama anak, Ms. Havneet Kaur Sethi; Pakar Orthopedic di Amerika Syarikat, Dato Seri Laila Jasa Dr. Andrew Albert Freiberg, bersama isteri, Datin Deirdre Annin Freiberg; serta Chief Executive Officer, Senior Consultant Cardiothoracic Surgeon, Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia, Dato Seri Laila Jasa Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md. Taib, bersama isteri, Datin Sri Rayslida binti Mohd. Rashdan dan Head of Cardiology Department, Consultant Cardiologist, IJN Malaysia, Dato Seri Laila Jasa Dato’ Sri Dr. Azmee Mohd. Ghazi, bersama isteri, Datin Azleen binti Osman Rani.

Sumber berita Jabatan Penerangan
Sumber foto Infofoto