Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap tetamu-tetamu peribadi dari negara-negara sahabat yang berada di negara ini bagi menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-80.

Majlis Mengadap berkenaan berlangsung di Istana Nurul Iman.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mula-mula berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohamad Sanusi.

Turut mengadap ialah Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Yang Berhormat Dato Paduka Seri Laila Jasa Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, bersama isteri, Yang Berbahagia Datin Dato Hajah Dayang Morliah binti Datuk Haji Awang Daud.

Sumber berita Jabatan Penerangan
Sumber foto Infofoto