TITAH PERUTUSAN KHAS
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA
SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI
AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA ROMBAKAN DAN PELANTIKAN, MENTERI-MENTERI KABINET DAN
TIMBALAN-TIMBALAN MENTERI YANG BAHARU 2026
PADA HARI KHAMIS
17hb., Zulhijjah, 1447H / 04hb., Jun, 2026M
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillaahir Rahmaanir Raheem
Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas nikmat keamanan, kedamaian dan kestabilan yang dicapai oleh Negara Brunei Darussalam selama ini. Kita kini berada pada fasa pelaksanaan blueprint yang telah ditetapkan untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, satu mercu tanda penting bagi negara dalam tempoh kurang daripada satu (01) dekad.
Kejayaan ini bergantung kepada kebijaksanaan dan ketegasan kepimpinan Baharu serta kesepaduan dan tanggungjawab Bersama di kalangan ahli-ahli Menteri Kabinet.
Dalam rombakan Kabinet ini, Beta telah memperkenankan beberapa perubahan utama iaitu:
(i) Pelantikan Paduka Anaknda-Anaknda Beta setelah mengambil kira kecenderungan dan pendedahan awal dalam sistem pentadbiran Kerajaan.
(ii) Pelantikan tiga (03) Menteri Penyelaras (Coordinating Ministers):
- Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara yang bertanggungjawab dalam menyelaras dan memperkukuhkan usaha-usaha semua Kementerian dalam sama-sama melindungi Keselamatan negara;
- Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Ekonomi yang bertanggungjawab dalam menyelaras usaha kepelbagaian ekonomi Bersama Kementerian-Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui sektor-sektor keutamaan; dan
- Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia yang bertanggungjawab dalam menyelaras Kementerian-Kementerian dalam aspek dasar sosial negara, Pembangunan modal insan, isu pekerjaan dan kesejahteraan Masyarakat.
(iii) Penyusunan semula portfolio Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan diubah Namanya menjadi Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri. Penyusunan semula ini adalah untuk mempercepatkan Pembangunan sektor keutamaan dan juga untuk memperkukuh usaha kepelbagaian, demi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta pencapaian peluang pekerjaan yang bermakna.
(iv) Mengekalkan beberapa orang Menteri untuk meneruskan tugas dan peranan mereka yang sedia ada demi menjamin kesinambungan dan kestabilan.
(V) Kenaikan pangkat beberapa Timbalan Menteri kepada Menteri penuh untuk mengukuhkan sektor-sektor keutamaan dan menjamin keselamatan negara.
(vi) Melantik tiga (03) Timbalan Menteri yang baharu dengan harapan mereka akan dapat membawa perspektif dan idea baharu.
Dengan Bertawakal kehadhrat Allah Subhanahu Wata’ala, Beta dengan ini mengisytiharkan barisan Menteri-Menteri Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri yang Baharu.
- Beta sendiri akan memegang portfolio sebagai Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan.
- Paduka Anaknda Beta, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan berperanan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035.
- Paduka Anaknda Beta, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan akan mengekalkan peranannya sebagai Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Beta.
- Paduka Anaknda Beta, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri disamping meneruskan kerjayanya dalam bidang ketenteraan. Duli Yang Teramat Mulia juga akan memainkan peranan aktif dalam Majlis Tertinggi Wawasan 2035 khususnya memacu pertumbuhan ekonomi dan perdagangan negara melalui hubungan diplomatik, kerjasama strategik dan pelaburan antarabangsa.
- Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan II.
- Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Ekonomi dan dilantik menjadi Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
- Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, sebagai Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam).
- Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) dan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.
- Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tenaga, Huluan dan Hiliran).
- Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohammad Amin Liew bin Abdullah sebagai Menteri Kewangan II dan bertanggungjawab untuk menerajui portfolio pelaburan di dalam dan luar negara dan mengawasi prestasi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
- Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof sebagai Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II.
- Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama.
- Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar sebagai Menteri Kesihatan.
- Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid sebagai Menteri Pembangunan.
- Datin Seri Setia Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh sebagai Menteri Pendidikan.
- Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos sebagai Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.
- Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.
- Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani sebagai Timbalan Menteri Kewangan.
- Dayang Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab sebagai Timbalan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri.
- Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.
- Dato Seri Setia Dr Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.
Pelantikan ini akan berkuat kuasa pada hari Khamis, 17 Zulhijjah 1447 Hijrah bersamaan dengan 04 Jun 2026 Masihi bagi tempoh selama empat (04) tahun.
Beta Menyeru agar barisan Menteri Kabinet yang Baharu ini berkhidmat sebagai satu pasukan, berikrar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Beta, mendengar kebimbangan mereka, memberi tindak balas yang cepat dengan penuh komitmen, berintegriti untuk membawa negara kehadapan demi mencapai matlamat Wawasan 2035.
Dalam kesempatan ini, Beta ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan ahli-ahli Kabinet di atas khidmat dan jasa bakti yang telah disumbangkan selama ini. Beta mendoakan semoga Allah Subhanahu Wata’ala akan membalas jasa dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda serta kebahagiaan yang berterusan.
Akhirnya, Beta menyeru semua rakyat dan penduduk di negara ini akan sentiasa memberikan sokongan kepada barisan Menteri Kabinet dan Timbalan Menteri dalam sama-sama mencapai matlamat negara.
Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalaamu ‘Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
