Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia kemudiannya meneruskan lawatan ke Qatar Environment and Energy Research Institute (QEERI), dan disembahkan taklimat semasa lawatan berpandu di fasiliti tersebut.

Lawatan ini termasuk tinjauan ke salah sebuah makmal canggih QEERI, yang mengetengahkan inisiatif penyelidikan Qatar dalam bidang keselamatan tenaga, pengurusan air, dan kelestarian alam sekitar.

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto