Bahagian terakhir aturcara lawatan berlangsung di Qatar Science and Technology Park (QSTP), sebuah hab utama bagi keusahawanan berasaskan teknologi dan pengkomersialan. Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia telah disembahkan taklimat mengenai peranan QSTP dalam memupuk inovasi, diikuti dengan lawatan di zon teknologi sebelum berangkat pulang.

Perjumpaan-perjumpaan ini menekankan kepentingan bersama antara Negara Brunei Darussalam dan Negara Qatar, khususnya dalam menyokong pembangunan modal insan, penyelidikan termaju, serta pembinaan ekonomi yang mampan dan berasaskan pengetahuan.

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto