Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam tadi berangkat bersama para Pemimpin ASEAN menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat (US) dan seterusnya ke Majlis Santap Malam bagi meraikan Tuan Yang Terutama Presiden Amerika Syarikat. Majlis-majlis tersebut diadakan di Hotel Solaire, Manila.

Sidang Kemuncak tersebut dimulakan dengan ucapan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Filipina.

Setelah Sidang Kemuncak Khas ASEAN – US berakhir, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bersama para Pemimpin ASEAN – US menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. bagi meraikan Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, Presiden Amerika Syarikat. Majlis tersebut turut menyaksikan ucapan daripada Presiden Republik Filipina dan ucapan balas daripada Presiden Amerika Syarikat.

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto