Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam ini berangkat menghadiri Majlis Santap Malam Gala bagi meraikan Ketua-ketua Negara dan Kerajaan ASEAN, Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan yang lain serta Tetamu-Tetamu Khas yang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan, yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Ferdinand R. Marcos. Jr., Presiden Republik Filipina selaku Pengerusi ASEAN, dan isteri, First Lady Louise Araneta-Marcos.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.

Sejurus tiba di Philippine International Convention Center, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Republik Filipina dan isteri.

Majlis tersebut turut diserikan dengan beberapa persembahan kebudayaan.

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto