

Selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan Manila, Republik Filipina.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.
Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah The Honourable Vivencio “Vince” Bringas Dizon, Secretary of Transportation; dan pegawai kanan Republik Filipina.
Juga hadir ialah Puan Yang Terutama Megawati binti Dato Paduka Haji Manan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina berserta para pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Manila.
Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto
