Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menghadiri Majlis Persantapan Tengah Hari dan Tete-a-Tete yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Persekutuan Rusia bagi meraikan Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Persekutuan Rusia.

Majlis tersebut berlangsung di Chamber of Facets, Grand Kremlin Palace, Moscow dan diserikan dengan alunan musik klasik Rusia.

Satu Kenyataan Bersama telah diterbitkan selepas tamatnya Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Moscow, Persekutuan Rusia.

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto