

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat menghadiri Sambutan Negara yang berlangsung di Grand Kremlin Palace di Moscow, di mana Baginda dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia.
Pada majlis tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama Presiden Persekutuan Rusia menyertai sesi bergambar rasmi, dan diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan kedua-dua buah negara.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia disembahperkenalkan kepada ahli-ahli delegasi dari Persekutuan Rusia, manakala Tuan Yang Terutama Presiden Persekutuan Rusia diperkenalkan kepada ahli-ahli delegasi Negara Brunei Darussalam.
Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto
