
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap tetamu-tetamu peribadi dari negara-negara sahabat yang berada di negara ini bagi menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-80, Tahun 2026.
Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa bin Haji Aman; dan Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.
Sumber berita Jabatan Penerangan
Sumber foto Infofoto
