Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam bagi meraikan Ketua-Ketua Ekonomi APEC bertempat di Shenzhen International Communication Center, Shenzhen, Republik Rakyat China.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri.

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China dan Madame Peng Liyuan, First Lady Republik Rakyat China.

Majlis ini juga diserikan dengan persembahan kebudayaan.

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto