Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2019

13.03.19 Jawatan kosong tidak dibekukan




Pembekuan jawatan pada masa ini tidak lagi dibekukan. Jabatan Perdana Menteri telah mengambil perhatian yang serius dalam mengisikan jawatan-jawatan kosong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud berkata, antara langkah-langkah yang telah diambil ialah permuzakarahan secara berterusan di antara Jabatan Perdana Menteri dengan kementerian-kementerian.

''Objektif permuzakarahan adalah untuk mengenal pasti jawatan-jawatan yang perlu diisikan dengan segera, yang mana setiap kementerian dan jabatan telah diberikan jumlah sasaran jawatan yang perlu diisikan,'' demikian penjelasan Yang Berhormat Menteri di JPM semasa menjawab persoalan yang diketengahkan oleh Yang Berhormat Pengiran Haji Mohammed bin Pengiran Haji Osman @ Othman mengenai soalan-soalan berkaitan dengan jawatan kosong yang dibekukan dan permohonan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di hari keempat Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-15 Majlis Mesyuarat Negara (MMN), yang berlangsung di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, di sini.

Yang Berhormat, seterusnya menjelaskan, permohonan keseluruhan yang diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awan sejak tahun 2015 sehingga Februari 2019 telah menerima 1,710,715 permohonan.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments