Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Setiausaha-Tetap-Tenaga


​​
YANG MULIA DAYANG HAJAH FARIDA BINTI DATO SERI PADUKA HAJI TALIB

SETIAUSAHA TETAP
TENAGA


​Dayang Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Systems Modelling daripada Sheffield Hallam University, United Kingdom, dan memulakan kerjaya beliau di Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) pada tahun 1992.
 
Dayang Hajah Farida mempunyai lebih dari 30 tahun pengalaman dalam Industri Tenaga, merangkumi sektor Huluan dan Gas, dengan pengkhususan dalam bidang Komersial, Transformasi, Peralihan Tenaga dan Pendigitalan, termasuk pengalaman ditugaskan di Royal Dutch Shell selama 4 tahun sebagai Senior Gas Integration Advisor.
 
Pada tahun 2016, beliau dilantik sebagai Pengarah Komersial dan Korporat bagi Syarikat BSP, dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan bagi Syarikat Brunei LNG Sendirian Berhad pada tahun 2020.
 
Pada 24 Oktober 2023, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan untuk melantik beliau sebagai Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri.​