Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Setiausaha-Tetap-Wawasan



YANG MULIA PENGIRAN HAJAH SITI NIRMALA BINTI PENGIRAN HAJI MOHAMMAD

SETIAUSAHA TETAP

WAWASAN



Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Mei 2020.

Sebelum perlantikan tersebut, beliau telah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri (April 2017 – Mei 2020) dan Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Compliance) di Kementerian Kewangan (November 2015 – April 2017).

Pengiran Hajah Siti Nirmala mula berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tahun 1994 dan telah memegang beberapa jawatan di Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah Pegawai Ekonomi (1994), Pegawai Ekonomi Kanan (2005), Penolong Pengarah Perancangan (2008) dan Pemangku Pengarah Perancangan (2010) di Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri; dan Pengarah Belanjawan di Kementerian Kewangan (2011-2015).

Pada tahun 1994, Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Property Valuation and Finance daripada City University, London, dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Sains dalam International Economics, Banking and Finance dari University of Cardiff, Wales, United Kingdom pada tahun 2006.