Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Menteri-di-Jabatan-Perdana-Menteri-dan-Menteri-Kewangan-dan-Ekonomi-II


dato_amin.jpg

YANG BERHORMAT 
DATO SERI SETIA DR. AWANG HAJI MOHD AMIN LIEW BIN ABDULLAH

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN DAN EKONOMI II



Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew Abdullah (“Dato Dr Amin”) telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II pada 27 September 2018, yang mana sebelum ini, Dato Dr Amin telah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan II. Sebelum pelantikan yang baharu, YB Dato Dr. Amin telah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan) dan dalam pada masa yang sama, YB Dato Dr. Amin juga memegang jawatan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Darussalam Assets Sdn Bhd (“DA”). DA adalah merupakan sebuah syarikat pegangan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLCs). Sebelum berkhidmat dengan DA, YB Dato Dr. Amin telah memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan Brunei, ini termasuk lantikan sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan; Setiausaha Tetap di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama; dan juga sebagai Pengarah Urusan di Agensi Pelaburan Brunei.

Pada tahun 90-an, sebelum berkhidmat dengan Kerajaan Brunei, YB Dato Dr. Amin pernah bekerja sebagai “Crude Oil Trader” di Brunei Shell Petroleum Co Sdn Bhd dan sebelum itu (pada akhir tahun 80-an/ awal tahun 90-an) YB Dato Dr. Amin bekerja sebagai penganalisa penyelidikan di ICI Finance PLC, United Kingdom sebelum pulang ke Negara Brunei Darussalam.

Pada masa sekarang, YB Dato Dr. Amin juga memegang jawatan Director dalam beberapa Lembaga Pengarah bagi syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Kerajaan Brunei dalam pelbagai sektor termasuk telekomunikasi, perkhidmatan perubatan, perhotelan, penerbangan, minyak dan gas, teknologi maklumat dan pendidikan.

YB Dato Dr. Amin mempunyai kelulusan akademik dalam Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Queen Mary College, University of London pada tahun 1984; Ijazah Sarjana pada tahun 1989; dan PhD pada tahun 1993 dari Imperial College, Universiti of London. YB Dato Dr. Amin juga memiliki kelayakan profesional sebagai Chartered Financial Analyst (CFA) sejak tahun 2004. YB Dato Dr. Amin juga merupakan ahli CFA Singapore.