Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Timbalan-Menteri-Tenaga


 

YANG MULIA DATO SERI PADUKA AWANG HAJI MATSATEJO BIN SOKIAW

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
TENAGA 



Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw telah berkecimpung dalam Industri Minyak dan Gas dan Sektor Tenaga selama lebih kurang 35 tahun sebagai pengawalselia, pengendali, rakan kongsi JV dan pembekal perkhidmatan.

Disepanjang kerjaya beliau, beliau telah melaksanakan antaralain pembuatan dasar dan penggubalan strategi; pembangunan perniagaan, perancangan dan ekonomi; rundingan teknikal dan komersil; pengurusan dan operasi aset; pembangunan dan pengurusan projek; dan reka bentuk proses dan kejuruteraan.

Beliau telah memegang beberapa peranan dan jawatan kepimpinan termasuk pelantikan beliau sebagai Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2010. Beliau pernah menjadi Pengarah Urusan Brunei LNG Sdn Bhd pada tahun 2012, dan tidak lama selepas itu mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Petroleum Negara Brunei Sdn Bhd (PetroleumBRUNEI).

Pada tahun 2018, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan untuk melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Tenaga, dan kemudiannya dipindahkan sebagai Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Pejabat Perdana Menteri berkuatkuasa 21 Mei 2022.

Beliau berkahwin dengan Datin Dayang Hajah Aisah binti Awang Haji Timbang dan dikurniakan tiga orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.