Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Timbalan-Menteri-I

​​
 

YANG MULIA DATO SERI PADUKA AWANG MOHD RIZA BIN DATO PADUKA HAJI MOHD YUNOS

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
URUSTADBIR PERKHIDMATAN AWAM


Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 7 Jun 2022. 

Sebelum pelantikan tersebut, beliau telah memegang jawatan sebagai Setiausaha Tetap [Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media [Mei 2020 - Jun 2022] dan Setiausaha Tetap, [Media dan Kabinet] di Jabatan Perdana Menteri [Ogos 2016 - April 2020]; Timbalan Setiausaha Tetap di Bahagian Korporat dan Pentadbiran Awam di Jabatan Perdana Menteri [November 2015 – Ogos 2016]; Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan [Jun 2014 – November 2015]; dan Timbalan Setiausaha Tetap [Pembangunan Industri dan Keusahawanan] di Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama [September 2010 – Jun 2014].

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah di Jabatan Pengangkutan Darat dan juga dalam Perkhidmatan Pentadbiran Brunei. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Jurutera Telekom pada tahun 1990.
​​​
Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik daripada Brighton Polytechnic, United Kingdom pada tahun 1989. Pada tahun 1990, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana Sains dalam bidang Elektronik Moden dari Universiti Nottingham, United Kingdom; dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Brunei Darussalam pada tahun 2005.​