Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Setiausaha-Tetap-Urustadbir-Perkhidmatan-Awam



      

YANG MULIA AWANG AJMAN BIN HAJI MELUDIN​​​
SETIAUSAHA TETAP URUSTADBIR PERKHIDMATAN AWAM​​

​​Awang Ajman bin Haji Meludin telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri pada 17 Ogos 2022.

Sebelum pelantikan tersebut, beliau telah memegang jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Tetap, (Wawasan, Kewangan dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri (2 Mei 2020 - 16 Ogos 2022); Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (November 2017 – Mei 2020); Pesuruhjaya Buruh di Jabatan Buruh (November 2016 - November 2017); dan Pegawai Pentadbir Kanan di Unit PENGGERAK, Jabatan Perdana Menteri (2014 - Oktober 2016).

Beliau telah menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Bidang Ekonomi dan Mathematics daripada Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1999. Pada tahun 2012, beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari Universiti Macquarie, New South Wales, Australia.