Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Timbalan-Setiausaha-Tetap-Tenaga



YANG MULIA PENGIRAN HAJI JAMRA WEIRA BIN PENGIRAN HAJI PETRA

TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP
TENAGA

Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Kuasa, IT dan E-Kerajaan) di Jabatan Perdana Menteri pada 5hb Ogos 2017 dan kemudiannya sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Tenaga) pada 24hb November 2018. Beliau sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Elektrik sejak Jun 2016. Beliau telah menyertai perkhidmatan awam sejak tahun 1996.

Pengiran Haji Jamra Weira berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian Kelas pertama dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari University of Glasgow pada tahun 1995. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Sains, dalam jurusan Power Electronics and Drives dari University of Birmingham pada tahun 1996.​