Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Timbalan-Setiausaha-Tetap-Sekuriti-dan-Undang-Undang


​​​zulhusam.jpg

YANG MULIA AWANG ZULHUSAM BIN HAJI ABDUL SAMAD

TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP
SEKURITI DAN UNDANG-UNDANG


Telah berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam selama lebih 25 tahun bermula pada 19 Ogos 1997. Memulakan karier sebagai Pegawai Staf di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) sejurus sahaja tamat pengajian Sarjana Muda Bachelor of Arts (English Medium) dari Universiti Brunei Darussalam pada tahun 1997. 

Pada tahun 2003 telah diamanahkan untuk menjadi Ketua bagi Sekretariat Defence Executive Committee (DEC) di Jabatan Perdana Menteri disamping tugas-tugas di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri. Pada tahun 2004 beliau telah ditempatkan sepenuh masa di Sekretariat DEC yang kemudiannya ditukar namanya kepada Jawatankuasa Keselamatan Negera (JKN) pada tahun 2005. 

Setelah kira-kira 6 tahun di Sekretariat JKN, Awang Zulhusam telah melanjutkan pelajarannya di peringkat sarjana Masters of Science (Asian Studies) di Rajaratnam School International and Strategic Studies (RSIS), Nanyang Technological University di Republik Singapura bagi sesi 2009/2010. Setelah menamatkan pengajiannya dan pulang ke tanah air pada tahun 2010 beliau telah kembali bertugas di JKDN sehinggalah menjawat jawatan Timbalan Pengarah Operasi, JKDN bermula tahun 2021. 

Pada 22 Julai 2023 telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang), Jabatan Perdana Menteri disamping masih menjawat jawatan Timbalan Pengarah Operasi, JKDN.

Telah berkahwin dengan Dr. Salbrina binti Haji Sharbawi, Pensyarah Kanan, Universiti Brunei Darussalam dan telah dikurniai seramai 4 orang anak.