Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Timbalan-Setiausaha-Tetap-Wawasan


HURIANI.jpg
​​
YANG MULIA DR. DAYANG HAJAH HURAINI BINTI PEHIN ORANG KAYA
SETIA JAYA DATO PADUKA AWANG HAJI HURAIRAH

TIMBALAN SETIAUSAHA TETAP
WAWASAN

​​
Dr. Dayang Hajah Huraini binti POKSJDP Haji Huraini telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Wawasan) di Jabatan Perdana Menteri pada 22hb Julai 2023.

Dr. Dayang Hajah Huraini mula berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tahun 1999 dan telah memegang beberapa jawatan di Perkhidmatan Awam. Antaranya ialah Pegawai Pelajaran Kanan di Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan; Pemangku Ketua Unit SPN21, Pejabat Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Pengalaman beliau merentasi beberapa bidang termasuk Pendidikan dan Pendidikan Inklusif; Dasar, Pemantauan dan Penilaian; Pengurusan Strategi; Foresight & Futures thinking dan Pembangunan Mampan (Sustainable Development). 

Dr. Dayang Hajah Huraini mempunyai kelulusan BSc (Hons) Psychology with Health Sciences dari South Bank University (1995); MSc Psychology of Education dari Institute of Education, University of London (1996) dan Doctorate of Philosophy (DPhil) Education dari University of Oxford (2010).