Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Timbalan-Menteri-II




YANG MULIA DATO SERI PADUKA AWANG HAJI SUFIAN BIN HAJI SABTU

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
SEKURITI DAN UNDANG-UNDANG


Dato Seri Paduka Haji Sufian telah memulakan kerjaya beliau sebagai Pegawai Staf di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) pada tahun 1994. Beliau pernah memegang beberapa jawatan utama di JKDN, termasuk sebagai Timbalan Pengarah (Operasi). Dato Seri Paduka Haji Sufian juga pernah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Biro Mencegah Rasuah (BMR) pada tahun 2016.

Pada 25 Julai 2020, Dato Seri Paduka Haji Sufian telah ditukar dan dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri. Seterusnya pada 31 Julai 2021, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Tetap (Keselamatan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang) Jabatan Perdana Menteri dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.

Pada 7 Jun 2022, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan untuk melantik Dato Seri Paduka Haji Sufian sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di samping menjadi Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.

Pada 15 Julai 2022, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan untuk mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (S.P.M.B.) kepada Dato Seri Paduka Haji Sufian. Beliau juga pernah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (D.P.M.B.) pada tahun 2021, Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Keempat (P.S.B.), Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) dan Pingat Indah Kerja Baik (P.I.K.B.).

Dato Seri Paduka Haji Sufian telah memperolehi ijazah sarjana muda dari Universiti Brunei Darussalam dan ijazah sarjana dari University of Keele, United Kingdom. Di samping itu, beliau juga pernah menghadiri kursus di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore, semasa menyertai Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan (EDPSGO).

Dato Seri Paduka Haji Sufian telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Suriati bin Haji Abang dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.