Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Pelantikan Peguam Negara baharu
28/02/2024
​​​Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri, Datin Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib, dilantik menjadi Peguam Negara bagi menggantikan Dato Seri Paduka Awang Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Di-Raja Dato Laila Utama Haji Awang Isa. 

Tarikh pelantikan pegawai kanan berkenaan berkuat kuasa mulai Khamis, 19 Syaaban 1445 bersamaan 29 Februari 2024. 

Sumber berita Pelita Brunei