Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Komited memajukan lagi Program Pemimpin-pemimpin Muda

dpmm_121223.jpg

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, pagi tadi berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong dan isteri, Puan Loo Tze Lui. 

Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Qashr Al-Meezan. 

Juga berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik serta ahli kerabat diraja. 

Semasa Majlis Mengadap tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Tuan Yang Terutama Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura menekankan kembali komitmen kedua-dua buah negara dalam memajukan lagi Program Pemimpin-pemimpin Muda serta menyentuh mengenai kerjasama dua hala antara kedua-dua buah negara yang kukuh dan berterusan, termasuk dalam bidang pertahanan dan keselamatan, sukan, perkhidmatan awam dan pembangunan kapasiti melalui pertukaran antara rakyat. 

Duli Yang Teramat Mulia dan TYT juga mengakui bahawa hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura semakin bertambah kukuh yang akan mencapai 40 tahun pada tahun 2024. 

Menyertai bersama TYT pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Kedua Kewangan dan Menteri Kedua Pembangunan Negara, Puan Yang Terutama Indranee Thurai Rajah; Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Tenaga Manusia, Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad; Menteri Negara Kanan, Kementerian Perhubungan dan Penerangan dan Kementerian Pembangunan Negara, Tuan Yang Terutama Tan Kiat How; Menteri Negara Kanan, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran dan Kementerian Tenaga Manusia, Tuan Yang Terutama Dr. Koh Poh Koon dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon. 

Turut hadir pada Majlis Mengadap tersebut ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos dan Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu. 

Selesai Majlis Mengadap berkenaan, DYTM kemudian berkenan menghoskan Majlis Santap Tengah Hari. 

DYTM dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari bersama TYT Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura dan isteri serta rombongan. 

TYT Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura dan isteri serta rombongan berada di negara ini bagi menghadiri Program Pemimpin-pemimpin Muda Ke-9 yang diadakan pada 12 hingga 14 Disember 2023.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​​​​​


Attachments