Berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam

Berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Admiral Mark Hammond AO RAN, Chief of the Australian Defence Force dan isteri.

Majlis tersebut diadakan di kediaman rasmi Chief of the Australian Defence Force.

Sumber berita Jabatan Penerangan
Sumber foto Infofoto

Berangkat tiba di Canberra, Australia

Berangkat tiba di Canberra, Australia

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman hari ini berangkat tiba di Canberra, Australia bagi Lawatan Rasmi selama empat hari bermula pada 12 hingga 15 Ogos 2026, atas undangan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Australia, The Honourable Richard Marles MP.

Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman; dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia di RAAF Base Fairbairn dijunjung oleh Strategic Advisor for Defence and Security, Mejar Jeneral (Bersara) Andrew Freeman; Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Michael Hoy; dan Assistant Minister di Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Australia, The Honourable Matt Thistlethwaite.

Juga berada di RAAF Base Fairbairn ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia, Puan Yang Terutama Dayangku Nooraslena binti Pengiran Dato Paduka Haji Sallehuddin.

Sumber berita Jabatan Penerangan
Sumber foto Infofoto

Berkenan berangkat ke Canberra, Australia bagi Lawatan Rasmi

Berkenan berangkat ke Canberra, Australia bagi Lawatan Rasmi

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, hari ini, berkenan berangkat ke Canberra, Australia bagi Lawatan Rasmi selama empat hari bermula pada 12 hingga 15 Ogos 2026.

Berangkat dan hadir ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ialah paduka adinda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Menteri di JPM.

Juga berangkat mengiringi ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman.

Turut berangkat dan hadir ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis DYTM dan YTM ialah Yang Amat Mulia Pengiran Cheteria; Menteri-Menteri Kabinet; Ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Setiausaha-Setiausaha Tetap daripada Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pendidikan berserta pasangan masing-masing.

Sumber berita Jabatan Penerangan
Sumber foto Infofoto

DPMM dan DYTM PAIPAS menerima mengadap Menteri Kanan Republik Singapura

DPMM dan DYTM PAIPAS menerima mengadap Menteri Kanan Republik Singapura

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, berkenan menerima mengadap Menteri Kanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong dan isteri, Datin Paduka Seri Laila Jasa Madam Ho Ching.

Semasa Majlis Mengadap berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Tuan Yang Terutama Menteri Kanan Republik Singapura bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai isu kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa.

Menyertai bersama Tuan Yang Terutama pada Majlis Mengadap berkenaan ialah Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Republik Singapura, Goh Pei Ming; dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat.

Tuan Yang Terutama Menteri Kanan Republik Singapura, dan isteri serta rombongan berada di negara ini pada 14 hingga 17 Julai 2026 bagi menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-80 Tahun.

Sumber berita Jabatan Penerangan
Sumber foto Infofoto

DPMM Menandatangani Buku Takziah

DPMM Menandatangani Buku Takziah

Kedutaan Besar Negara Qatar, Selasa, 14hb Julai 2026

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi ini berkenan berangkat ke Kedutaan Besar Negara Qatar di Negara Brunei Darussalam bagi menandatangani Buku Ucapan Takziah berikutan kemangkatan His Highness The Father Amir of Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani pada 12hb Julai 2026.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dijunjung oleh Tuan Yang Terutama Abdullah Hamad Ali Al Adham Al Marri, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Qatar ke Negara Brunei Darussalam, serta pegawai-pegawai kanan Kedutaan.

Turut hadir di Majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II.

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto

DPMM Menerima Mengadap Ketua-Ketua Perwakilan Asing Yang Menamatkan  Perkhidmatan

DPMM Menerima Mengadap Ketua-Ketua Perwakilan Asing Yang Menamatkan  Perkhidmatan

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, pagi ini berkenan menerima mengadap secara berasingan Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam; Puan Yang Terutama Caryn R. McClelland, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam; dan Tuan Yang Terutama Tran Anh Vu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan.

Puan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei 2022.

Puan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 24 Mei 2022.

Tuan Yang Terutama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 13 September 2023.

Majlis-majlis Mengadap tersebut telah berlangsung di Qashr Al-Meezaan.

Sumber berita Jabatan Perdana Menteri
Sumber foto Infofoto