Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM 2019

15.04.19 Kurniakan watikah, terima tauliah pelantikan




Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amman, Kerajaan Hasyimiah Jordan, Tuan Yang Terutama Awang Haji Mahadi bin Haji Maidin; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Tokyo, Jepun, Tuan Yang Terutama Awang Haji Shahbudin bin Haji Musa; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Seoul, Republik Korea, Puan Yang Terutama Pengiran Hajah Nooriyah binti Pengiran Lela Wijaya Pengiran Haji Yussof; dan Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Dhaka, Republik Rakyat Bangladesh, Tuan Yang Terutama Awang Haji Haris bin Othman.

Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Ismail bin Haji Salam; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Homeira Rigi Zirouki; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Matthew John Matthews.

Sejurus selesai Majlis Mengurniakan Surat-surat Watikah Pelantikan dan Menerima Surat-surat Tauliah Pelantikan, Kebawah DYMM kemudian berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-ketua Perwakilan Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan Ketua-ketua Perwakilan Asing ke Negara Brunei Darussalam yang baharu.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof; Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Nawawi bin Allahyarham Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha; dan Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Majlis-majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto


Attachments