
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda King Charles III, King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan Perdana Menteri United Kingdom, The Rt. Hon. Rishi Sunak MP; ahli-ahli kerabat diraja, kerajaan dan rakyat United Kingdom bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda King Charles III yang Ke-75 Tahun.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto